HIBURAN
“Orang Lain Ambil Datuk Dekat Istana, Kami Di Hospital” - Anak Selamat Bersalin, Netizen Terhibur Dengan Sharifah Shahirah, Siap Pakai Selempang Kuning
Pelakon, Sharifah Shahirah memaklumkan anak sulungnya, Tallisya selamat melahirkan cahaya mata pada Jumaat.
Bahagia jadi datuk dan nenek
Berita gembira itu dikongsi Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya
Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah cara Shiera menulis kapsyen untuk mengumumkan berita tersebut.
Paling comel apabila Shiera yang bersama suaminya iaitu Ijoy Azari berpakaian seperti penerima anugerah gelaran Datuk di istana lengkap dengan berselempang kuning.
Terdahulu, Tallisya, 26, merupakan anak hasil perkahwinannya bersama bekas suami iaitu Jatt Black Dog Bone.
Shiera kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Ijoy pada tahun 2003 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Airel, 20, Airra, 17, Audra, 15 dan Adeena, 8.