Selepas 14 tahun, akhirnya anak kepada penyampai radio Sharifah Shahira yang dikenali sebagai Oddah bertemu dengan ibu angkatnya iaitu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Nurhaliza.

Menerusi video yang dikongsikan, Shahira atau Shiera sempat menyakat anaknya yang berpakaian tidak sesuai untuk bertemu dengan ibu angkatnya.

“Nak jumpa mummy Siti sepatutnya pakai tudung. Mummy pun entah aku tengok menyesal la kata dia kenapa besar-besar jadi macam ini?

“Mummy Siti buat tak peduli pun kamu! Cuba jadi macam mummy Siti. Tengok nanti. Baju apa la, kalau tahu nak jumpa Mummy Siti,” kata Shiera.

Odah yang memakai baju warna merah hitam turut meluahkan rasa gemuruh untuk bertemu dengan Siti Nurhaliza setelah sekian lama.

Selepas beberapa minit, Siti Nurhaliza muncul dan terus ke arah Odah dan mengatakan dia hanya melihat fesyen anak angkatnya itu di laman sosial.

“Selalu tengok dia kan pakai anime,” kata Siti Nurhaliza.

Shiera juga sempat merakam foto Odah bersama penyanyi lagu Romansa Kita sebagai kenangan selepas 14 tahun tidak bertemu.

“Yay dah 14 tahun dah Oddah… cepat masa berjalan, lagi 10 tahun umur 24 pula… dapat jumpa mummy Siti,” tulisnya di kapsyen.

BACA SINI: #GempakMostWanted: Kawan Anak Buat Group WhatsApp Puji Ijoy Handsome, Amir Ahnaf Masih #1 Dalam Carta? Semak Apa Best Minggu Ni!