Berita

“Orang Ramai Dibenarkan Bergerak Melebihi 10KM Namun Rentas Negeri Masih Belum Dibenarkan” - Ismail Sabri Yaakub

gempak
Azwa Rahman
04/05/2020
09:14 MYT
Sponsor Banner
“Orang Ramai Dibenarkan Bergerak Melebihi 10KM Namun Rentas Negeri Masih Belum Dibenarkan” -  Ismail Sabri Yaakub
Orang ramai dibenar untuk bergerak melebihi radius 10 kilometer di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa hari ini.
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, peraturan itu yang terpakai dalam PKP terdahulu, sudah tidak dilaksana di bawah PKPB.
"Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB. Tidak ada lagi.
Bagaimanapun, rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang. Masih belum dibenarkan dalam PKPB ini," katanya ketika sidang media di Putrajaya kepada Berita Harian.
Malah, semua sekatan jalan raya (SJR) di sekitar ibu negara ditarik balik bermula hari ini, selaras pelaksanaan PKPB.
Bagaimanapun SJR tetap diadakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan kawalan penguatkuasaan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Setakat ini di Kuala Lumpur, hanya kawasan Pusat Bandar Utara merangkumi kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan kawasan kediaman berhampiran diletakkan dalam kawasan PKPD.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024