Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Order ‘Call Girl’ Harga RM72, Lelaki Ini Kempunan Layanan Selepas Dibelasah Hingga Lebam-Lebam

Gempak
11/07/2024 01:55 MYT
Hasrat seorang lelaki untuk berseronok dengan wanita yang dilanggan bertukar tragedi apabila wanita tersebut enggan memberikan layanan seperti yang dijanjikan.

Sebaliknya, lelaki tersebut dipukul dan dibelasah sehingga mengalami kecederaan.

Belasah

Kejadian tersebut bermula selepas lelaki berkenaan memesan wanita tersebut menerusi sebuah aplikasi dengan bayaran 250 ribu rupiah (RM72).

Selepas bertemu di bilik hotel, wanita itu dikatakan mengambil wang daripada lelaki berkenaan dan terus memberi alasan ingin pulang ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruangan Komen Diserang Netizen, Syazwan Zulkifly Nafi Pelakon Yang Belasah Kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Petik Nama Ammar Alfian Belasah Kekasih, Ini Respons Tuan Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Berat Naik 10 Kg, Ragam Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua Berbeza - “Sebelum Ini Jaga Makan, Tapi Kali Ini Belasah Semua”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Bola Sepak Dipenjara Seumur Hidup Belasah Kekasih Dengan Kerusi, Tukul Besi

ARTIKEL BERKAITAN: Belasah Warga Emas Sampai Muka Bengkak & Patah Tulang Pipi, Pembuli Jalan Raya Direman 4 Hari

Dari situ, berlaku pergaduhan dari dalam bilik membawa ke luar hotel. Tidak berapa lama, lelaki itu tiba-tiba diserang oleh tiga lelaki lain bersama seorang wanita, sehingga terjadi aksi pergelutan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Karimun, AKP Debby Tri Andrestian berkata, pihaknya berjaya meleraikan pergaduhan antara empat individu tersebut.

Akibat dipukul, difahamkan mangsa mengalami kecederaan di muka, dahi dan belakang. Disebabkan mangsa tidak menerimanya, dia melaporkan kejadian itu kepada polis

Andrestian menambah, lelaki itu dipukul mungkin kerana rakan-rakan wanita itu tidak menerima duit yang telah dibayar, atau duit tersebut diambil semula oleh rakannya.

Sumber: Viva

#Lelaki #Belasah #Call Girl #RM72