HIBURAN
Otam Blurr Nekad Henti Buat Konten Menyerupai Wanita - “Semoga Hijrah Kecil Ini Membawa Kebaikan Pada Hari Mendatang”
Personaliti media sosial, Otam Blurr mengambil keputusan untuk berhenti melakukan konten berpakaian menyerupai wanita.
Nekad hentikan konten menyerupai wanita
Otam memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Menurut Otam, sudah dua tahun dia tidak melakukan sebarang konten dengan karakter seperti itu dan nekad untuk berhenti melakukannya atas banyak faktor.
“Ramai yang tanya, mana Kak Kuntum Janda, lama dah tak keluar. Hitung hitung masa, dua tahun juga aku dah berhenti buat konten konten menyerupai wanita.
“Banyak faktor yang aku rasa kena berhenti sekarang dan tidak terbawa-bawa sampai dah kerepot tua ganyot nanti,” coretnya.
Semoga penghijrahan kecil bawa kebaikan
Otam juga berharap agar penghijrahan kecilnya ini boleh membawa kebaikan di kemudian hari.
“Insya-Allah, doa doakan Otam ya. Perlahan-lahan untuk diri sendiri. Terima kasih Kak Kuntum, Janda, Q Shanti Kamala Konti.
“Terima kasih semua yang menyokong dubmash Otam. Semoga ‘hijrah’ kecil ini membawa kebaikan pada hari mendatang,” tulisnya.
Jangan petik atau kuis orang lain
Dalam pada itu, Otam memohon agar orang ramai tidak menyentuh atau memetik nama sesiapa berkaitan dengan keputusan yang dilakukannya itu.
“Saya harap anda semua faham, saya minta tolong sangat jangan dikuis orang sana, dipetik orang sini, dicubit orang situ.
“Tak nak, kisah ini biarlah setakat saya sahaja. Kisah saya sahaja. Mungkin yang korang petik, yang korang cubit, yang korang sentuh itu ada sebab kenapa mereka masih meneruskan lagi.
“Jadi kita jangan usik orang, insya-Allah nanti ada perubahan pada diri mereka, doakan sahaja. Terima kasih kerana faham saya,” ujarnya dalam satu video pendek.
ARTIKEL BERKAITAN: Dihina 'Gemuk,Busuk Dan Buruk', Netizen Sokong Otam Blurr Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saman Dan Bawa Kes Mahkamah Je”
Terdahulu, Otam merupakan antara orang terawal yang dikenali kerana sering melakukan parodi lucu suatu ketika dahulu menerusi dubmash.
Antara karakter popularnya adalah Kak Kuntum Janda.
Must-Watch Video