Pencapaian terbaik sepanjang 2019 menjadikan beberapa nama-nama besar dalam industri tanah air diiktiraf menerusi Konsert Throwbaek 2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, hari ini (Ahad).

Antara nama yang diberi penghargaan termasuklah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Ramli MS, Dr Amalina Che Bakri, Mira Filzah, Ben Amir, Didi & Friends serta banyak lagi.

Paling menarik konsert berkenaan dimeriahkan dengan persembahan hebat oleh bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) serta Big Stage.

Antaranya termasuklah Naqiu Boboy, Hady Mirza, One Nation Emcees, Han Byul dan ramai lagi.

Selain itu, penyanyi lagenda seperti Anuar Zain, Ramlah Ram serta M Nasir turut membuat persembahan memukau!

Difahamkan, Konsert Throwbaek 2019 dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong kejayaan Astro sepanjang tahun ini.

Konsert itu juga antara lain bertujuan meraikan momen manis serta kegemilangan variasi program terbaik diterbitkan oleh Astro.

Antaranya termasuklah program realiti GV, Big Stage, Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Anugerah MeleTOP ERA (AME), barisan drama Melayu terhebat serta filem terlaris.

Tidak ketinggalan konsert ini turut meraikan karya dan personaliti paling hit sepanjang tahun 2019 menerusi 14 buah kategori merangkumi industri seni hiburan, sukan, kemanusiaan serta banyak lagi.

Anda boleh lihat senarai penuh pemenang di bawah:

Konsert Throwbaek 2019 disiarkan di saluran Astro Ria (104) & Astro Ria HD (123) Astro GO & On Demand

#GempakLive : Konsert Throwbaek 2019 dah start! Korang kalau nak tengok buka Astro Ria dan Ria HD sekarang! Khas untuk korang #throwbaek2019 #khasuntukmu

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

nbsp;