gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kubur Nurly Shahirah Dipasang Tali Penghadang Elak Perbuatan Khurafat
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Perlu Ada Identiti Sendiri, Ajai Minta Peserta Lihat Hael Husaini,Aina Abdul & Shila Amzah Sebagai Contoh
HIBURAN
Fattah Amin Buat Kejutan Di Konsert Jiwa Kacau 2025, Umum Sudah ‘Engaged’ Dengan…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Abang Arwah Nurly Maklum Keluarga Tidak Akan Terima Tetamu Lagi - “Beri Ruang Ibu Bapa Rehat”

Mya Amri
Mya Amri
29/06/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Abang Arwah Nurly Maklum Keluarga Tidak Akan Terima Tetamu Lagi - “Beri Ruang Ibu Bapa Rehat”
Abang kepada seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, iaitu Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, memaklumkan keluarga mereka tidak akan menerima sebarang pelawat sehinga Sabtu depan.

Beri ruang ibu bapa berehat

Berita itu dimaklumkan sendiri menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya.
Menurut Mohd Najmuddin Azman, 28, keputusan itu dibuat bertujuan memberi ruang kepada keluarga khususnya buat kedua ibu bapa arwah yang tidak mendapat rehat yang mencukupi sejak kehilangan anak tersayang.

“Bagi peluang umi abah saya berehat seketika. Dari awal kematian sehingga sekarang belum rehat sepenuhnya. Insya-Allah ada rezeki boleh datang ziarah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Kediaman keluarga ditutup buat sementara waktu

Maklumat itu juga turut dikongsi seorang pengguna media sosial iaitu Ahmad Nazrul yang memaklumkan keluarga Allahyarham Nurly tidak akan menerima sebarang tetamu bermula 2 sehingga 5 Julai.Katanya, kediaman keluarga arwah juga ditutup buat sementara waktu kepada orang ramai yang ingin menziarahi.

“Pihak keluarga Allayarham Nurly Sahirah tidak menerima tetamu bermula 2 Julai bersamaan hari Rabu sehingga 5 Julai, Sabtu.“Rumah keluarganya juga ditutup kepada umum. Harap dapat kerjasama sepenuhnya,” maklumnya.

Terdahulu, kubur pelajar UPSI itu tidak putus dikunjungi orang ramai, malah rumah keluarga arwah juga menjadi tumpuan pengunjung berziarah.
Untuk info, seramai 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar universiti itu dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, 9 Jun lalu.
Selain Nurly Shahirah, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu turut meragut nyawa 14 orang penuntut universiti berkenaan.
Topic Berkaitan
#Kemalangan
#Kubur
#Keluarga
#UPSI
#Melawat
#Nurly Shahirah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement