BERITA
Bapa Kepada Pengusaha Jenama Bulan Bintang Meninggal Dunia
Bapa kepada usahawan baju Melayu, Azzim Zahid atau lebih dikenali sebagai Meri, iaitu Azmi Abd Malek telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi Ahad.Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Azzim menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
“Assalamualaikum semua, minta sedekahkan Al-fatihah kepada bapa saya, Azmi Bin Abd Malek yang baharu sahaja menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi,” tulisnya.
Azzim turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Hasanah, Bangi selepas solat Zohor dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas, Bangi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut dan rakan selebriti turut meninggalkan ucapan takziah serta doa buat Allahyarham dan keluarga.
Must-Watch Video