Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida tampil memperjelaskan dakwaan sesetengah netizen yang kononnya pembantu peribadi (PA) dikenali sebagai Abang Qu itu adalah anak ikan terbarunya.

Menurut Vida, selain panggilan anak ikan, ramai juga bertanyakan kepadanya sama ada Abang Qu atau popular dengan panggilan Qush di media sosial itu adalah seorang 'lelaki lembut'.

"Ramai DM (Direct Message) DSV tanya macam mana DSV jumpa Abg Qu? Anak ik*n DSV eh? hmm macam hadek-hadek”.

"Saya tersenyum dan dalam hati rasa sedih sedikit tapi saya percaya pertemuan & perpisahan itu telah ditetapkan. Pasti ada hikmah," katanya.

Jelasnya, dia seorang yang jenis mudah kesian untuk meminta anaknya menguruskan perniagaan, namun dia masih mahu memperkembangkan lagi empayarnya.

"Jadi saya putuskan untuk keep on pushing lagi. Penat tapi saya tekad juga untuk berusaha.

"Kadang-kadang saya terfikir bisnes saya semakin berkembang, anak anak pula masih kecil. Jadi time tu saya putuskan saya perlukan PA untuk bantu saya.

"Walaupun saya tahu ramai yang mungkin tidak senang, tapi saya yakin laluan yang pilih ni Tuhan dah tentukan. Saya kena keep on pushing lagi.

"Point di sini, tak kisah apa bidang pun yang diceburi yang penting fokus dan bersungguh-sungguh. Sekarang ni saya tak kata senang tapi Alhamdulillah memang dapat beli apa saya nak pada tahap kemampuan saya sekarang.

"InsyaAllah target jauh lagi ke depan, aminkan DSV pun dah cukup," katanya menerusi satu hantara di Instagram.

Terdahulu, Vida memperkenalkan Abang Qu sebagai PA barunya yang dikatakan dibayar gaji RM10,000 sebulan.

Difahamkan, Abang Qu itu diambil bekerja selepas beberapa bulan Vida tidak dibantu susulan kemelut bersama bekas PA, Iqbal Zulkefli.

BACA: Vida Perkenal PA Baharu 'Pucuk Muda' Handsome, Gaji Lebih RM10,000 - "Kalau Saya Cari Yang Tua Nanti Ngantuk Ngak Ngak"