Hiburan

Pak Nil Bakal Lancar Produk Penjagaan Muka

gempak
Ahmad Shah
20/05/2016
05:09 MYT
Sponsor Banner
Pak Nil Bakal Lancar Produk Penjagaan Muka
Pengacara terkenal, Pak Nil bakal melancarkan produk penjagaan muka, Anell tidak lama lagi.
Menurut Pak Nil atau Datuk Aznil Hj Nawawi, Anell merupakan sebuah produk harian yang berasaskan krim pelembab dan pencuci muka.
“Orang selalu tanya apa rahsia Pak Nil yang dah masuk umur 54 tahun tapi wajah masih awet muda. Terus terang saya tidak menggunakan jalan singkat untuk penjagaan kulit muka. Saya menggunakan produk yang banyak membantu untuk menghilangkan kedutan di permukaan wajah.
“Ianya hanya bahan asas seperti krim pelembab dan pencuci muka. Jadi saya minta tolong rakan kongsi untuk kaji apa rumusan produk tersebut supaya saya dapat kongsi kepada mereka di luar sana,” kata Pak Nil kepada Astro Gempak.
Pak Nil ditemui ketika sidang media program terbaru yang dikendalikan olehnya, Paknil Tawan Hollywood di pawagam TGV, One Utama.
Jelas Pak Nil, produk tersebut untuk kegunaan lelaki dan wanita dan telah dihantar ke makmal untuk ujikaji bagi mendapat pengesahan bahan yang digunakan.
“Ianya produk unisex dan Alhamdulillah selepas menjalani beberapa proses penting, Anell telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan sedia untuk berada di pasaran tempatan,” ujarnya.
Tambah Pak Nil lagi, dia sendiri sudah mencuba produk tersebut terlebih dahulu sebelum ianya dipasarkan.
“Saya telah pun cuba pakai produk Anell terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada pengguna dan paling utama ianya harga mampu milik di antara RM150 ke RM200,” jelas Pak Nil.
Bercerita lanjut mengenai program terbarunya, Pak Nil mengakui sedikit terkejut selepas kembali diberi kepercayaan oleh pihak saluran E! antarabangsa untuk kembali menerajui Paknil Tawan Hollywood selepas Selfie Paknil di Hollywood dan Paknil Goes To Hollywoodmenerima sambutan hebat penonton.
“Saya teruja kerana pihak E! berikan kepercayaan untuk kembalikan mengendalikan program Paknil Tawan Hollywood. Sepanjang hampir 20 tahun dalam dunia pengacaraan, saya tidak merasakan selesa dengan apa yang telah dimiliki sebelum ini.
“Untuk kekal relevan, kita perlu terus belajar untuk menjadi seorang yang serba boleh dan disegani,” katanya.
Paknil Tawan Hollywood bakal ditayangkan secara eksklusif menerusi slot istimewa Hlive! Pada 24 Mei 2016, jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Ria Hd (123).
Manakala tayangan perdana siri kapsul Direct From Hollywood pula bakal disiarkan secara eksklusif di saluran E! bermula 24 Mei 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024