Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pakaian Rasmi Kontinjen Paralimpik Malaysia Ke Paris 2024 Dilancarkan! Netizen Bagi Reaksi Positif – “Baju Cantik!"

Gempak
09/07/2024 09:27 MYT
Berbaki lima puluh hari lagi menjelang temasya sukan Paralimpik Paris 2024, Malaysia hari ini telah melancarkan pakaian rasmi kontinjen Paralimpik ke temasya sukan penuh gemilang itu.

Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) tampil dengan pakaian rasmi kontinjen Paralimpik negara dengan rekaan baju yang berbeza dengan kontinjen Olimpik.

Menerusi sebuah perkongsian di platform X, kontinjen Paralimpik negara mengenakan pakaian rasmi berwarna putih dan jalur bermotifkan belang pelbagai warna.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rekaan pakaian rasmi kontinjen Paralimpik negara itu mempunyai warna putih, merah, biru dan kuning seperti warna jalur gemilang.

Tampil dengan imej lebih segar, rekaan pakaian rasmi pada edisi kali ini ternyata mendapat reaksi positif orang ramai.

“Baju cantik! Mesti lah nanti ada pingat emas kan dipungut,” tulis seorang warganet.

“Nampak baju ni lebih sejuk berbanding...” komen netizen.

“Baju paralimpik lagi lawa dari baju olimpik,” ciap netizen lain.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, orang ramai meluahkan rasa ketidakpuasan hati apabila rekaan pakaian rasmi kontinjen Olimpik negara dikatakan sedikit terbelakang dan tidak semegah berbanding temasya sebelum ini.

Untuk info, Sukan Paralimpik dijadual berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September 2024.

Majlis Paralimpik Malaysia juga menaruh harapan penuh apabila menyasarkan empat pingat emas.

BERITA TRENDING: Kontinjen Malaysia Bakal Sarung Rekaan Rizman Ruzaini Di Pembukaan Olimpik Paris 2024

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: MOM Pilih Rekaan Baharu Pakaian Kontinjen, Tampilkan Corak Belang Harimau Lebih Garang

BERITA TRENDING: Diberi Penghormatan Sebagai Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Paris 2024, Ini Perkara Menarik Tentang Bertrand & Nur Shazrin

BERITA TRENDING: Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

#Viral #Netizen #Paralimpik #Paris #Busana #Pakaian #Pujian #Kontinjen