Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

Umirah Halim
06/09/2024 01:54 MYT

Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.

Terkilan ditegur

Menerusi hantaran di Instagram (IG), PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berasa terkilan apabila ditegur semasa berehat seketika sementara menunggu waktu solat.

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

“Pak cik-pak cik yang bertanggungjawab selia masjid, jangan jerit saat orang iktikaf di masjid.

“Bukan tidur semalaman pun, hanya berehat sekejap menunggu maghrib.

BERITA TRENDING: Selepas Sebulan Bergelar Ibu Bapa, MK K-Clique & Ister

​BERITA TRENDING: Luahan Hati Aisyah Hijanah Buat Netizen Sebak -

​BERITA TRENDING: Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”

​BERITA TRENDING: Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di

“Sajalah berkongsi, sebagai seorang yang bukan selalu berkesempatan berjemaah waktu maghrib kerana sedikit masa dan sebagainya, hari itu saya saja tunggu.

“Terkejut, kena jerit baring dalam masjid. Sedih juga la,” tulisnya.

Menurut pendakwah berusia 29 tahun tersebut, tindakan seperti itu adalah tidak wajar dan kurang sopan.

“Dia mari dengan suara yang amat deras dan kuat. ‘Tak boleh tidur dalam masjid, orang marah!’

“Siapa nak marah? Nanti kalau kata balik dia rasa kita biadab.

“Buat apa buat masjid, tapi tak bagi orang duduk sekejap?,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, suami kepada aktres dan usahawan terkenal Neelofa itu turut berkongsi tentang iktikaf yang dinyatakan di dalam hadis Nabi Muhammad SAW.

“Ada manfaat sebenarnya bila tunggu waktu solat.

“Kata Nabi Muhammad SAW, ‘menunggu waktu solat itu adalah dituntut dalam agama dan juga iktikaf,” tambahnya lagi.

#Masjid #Solat #Sedih #PU #Marah #Terkejut #Waktu #riz
;