Laman Utama

“Paling Caring” - Sweetnya Ucapan Uyaina Arshad Untuk Raja Syahiran! Netizen Suruh Cepat Kahwin!

gempak
Azwa Rahman
17/11/2020
03:36 MYT
Sponsor Banner
“Paling Caring” - Sweetnya Ucapan Uyaina Arshad Untuk Raja Syahiran! Netizen Suruh Cepat Kahwin!
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 bersama orang tersayang termasuklah penyanyi Raja Syahiran.
Menerusi laman sosial Instagram, Uyaina berkongsi beberapa keping foto sambutan hari jadinya yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota.
Meraikannya bersama teman-teman kesayangan, Uyaina turut memberikan satu hantaran istimewa ditujukan pada Syahiran untuk tujuan penghargaan.
“Sebelum hari ini berakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jiwa indah ini. Kerana menjadi seorang yang sangat sweet dan manusia paling caring yang saya pernah kenal. Saya berterima kasih kerana berkongsi hati emas awak dan saya doakan kebahagiaan dan kejayaan buat awak.
“Awak memang seorang yang sangat baik. Semoga sentiasa berada di dalam pelukan Allah. Dan semoga dapat menjadi anak yang terbaik dalam keluarga. Thank you, Kiev,” tulis Uyaina sebagai kapsyen.
Tidak hanya ucapan manis, Uyaina turut ‘tagged’ nama Instagram Syahiran tepat di hatinya.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar pasangan ini bertemu jodoh.
Malah, ramai juga yang meminta Uyaina dan Syahiran agar segera berkahwin.
“Eh ada bau nasi minyak laaa,” usik seorang wargamaya.
“Semoga kalian bertemu jodoh dan berbahagia berdua,” komen seorang wargamaya.
“Wow bersemutlah. Semoga berjodohan dunia akhirat,” tulis seorang wargamaya.
“Ada jodoh ni, muka sama cantik saam comel,” ujar seorang wargamaya.
“Hancur hati saya my Usu Sakinah dah ada boyfriend,” rajuk seorang wargamaya.
“Cepat kahwin!” pesan seorang wargamaya lagi.
Dalam laporan Gempak bertarikh 11 September lalu, pasangam ini mengakui sedang mengenali hati budi.
Terdahulu, dakwaan mengatakan Uyaina dan Syahiran menjalin hubungan timbul selepas mereka sering berbalas komen mesra di laman Instagram.
Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live