Berita
"Panas Badan Agak Tinggi" - Aaron Aziz Demam, Tapi Bukan...
Pelakon Datuk Aaron Aziz dilaporkan berada dalam keadaan kurang sihat apabila mengalami demam panas.
Perkata itu dikongsikan isterinya, Datin Diyana Halik menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya malam tadi.
"SubhanaAllah, 19 Mac, Hari kedua lockdown, big bos rebah akibat demam. Semalam mengadu sakit gigi, hari ini (semalam) demam dah. Panas badan agak tinggi, tak nak mandi, jadi kita sponge sahajalah.
"Semoga Allah berikan kesembuhan segera kepada suami saya yang tersayang," tulisnya.
Menurut Diyana lagi, orang ramai tidak perlu bimbang kerana, ia hanyalah sekadar demam biasa dan bukan mempunyai kaitan dengan wabak COVID-19.
"Kepada mereka yang bertanya, Alhamdulillah, ia bukan COVID-19" jelasnya.
Pada masa sama, kongsi Diyana, keadaan kesihatan Aaron yang tidak mengizinkan itu membuatkan dia mengimbau pengorbanan suaminya yang pernah menjaganya dengan memberikan sepenuh perhatian.
"Ibu-ibu kalau sakit, seluruh kerja rumah terhenti. Bapa-bapa kalau sakit, ibu-ibu berhenti buat kerja rumah. Betul tak? Apapun, siapa sahaja sakit, ibu-ibu tetap akan pastikan demam surut baru kita rehat.
"Teringat dua tahun lalu sewaktu saya sakit, suami tercinta saya jaga, sampai sanggup tolak tawaran besar yang datang. Love you sayang @aarondwiaziz," coretnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Aaron kembali sembuh dan dapat meneruskan rutin kehidupan seperti biasa.
Must-Watch Video