Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Panas Baran Noki Kini Dah Kurang - "Saya Cuba Dekatkan Diri Dengan Tuhan"

Ainun
30/09/2024 07:55 MYT
Penyanyi rap, Noki K-Clique mendedahkan dirinya kini lebih fokus kepada ibadah dan mendekatkan diri dengan hal keagamaan.

Menurut Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 30, hal yang sama juga membantunya untuk mengawal emosi dan tidak lagi mudah melenting.

“Dulu, boleh dikatakan saya seorang yang baran, tetapi Alhamdulillah, sekarang kemarahan saya semakin berkurang. Semakin tua, semakin berkurang.

“Saya cuba mendekatkan diri kepada Tuhan. Malah, jika seseorang yang sedang mabuk berbicara tentang Islam, kita tetap perlu mendengar kerana jika tidak, kita mungkin berdosa.


“Apa yang boleh saya katakan, saya berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T," jelasnya kepada Gempak.

Noki K-Clique berkata demikian ketika ditemui Gempak pada Malam Gala Eksklusif Reeza GTR bertempat di GSC Mid Valley Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seronok berlakon


Dalam perkembangan lain, Noki kini lebih gembira berlakon yang disifatkan lebih puas berbanding dunia nyanyian.

“Sebab bila saya mula berlakon, saya rasa sangat seronok. Kepuasan berlakon itu berbeza daripada membuat persembahan nyanyian.


“Apa yang boleh saya katakan, kepuasan berlakon sukar digambarkan kerana saya benar-benar menyukainya," katanya.

Sekadar info, Noki K-Clique memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2021 menerusi drama pertamanya, ‘Oh My Hantaran’.

BERITA TRENDING: Dibandingkan Dengan Khairul Aming, Chef Wan Tidak Terkesan - “Semua Orang Tahu Penglibatan Saya”

BERITA TRENDING: "Walau Sekuat Mana Kehidupan Saya Diuji, Saya Akan Sentiasa Bangkit" - Cliff Umar

BERITA TRENDING: “Nak Berniaga Shopee Sekalipun Jangan Sampai Fitnah Orang” - Ryzal Ibrahim Geram! Tegur Sikap Pemfitnah Rumah Tangga

BERITA TRENDING: Dynamic Duo! Afgan & Lyodra Teruja Hiburkan Peminat Di Malaysia

#Berlakon #K-Clique #Panas #Kurang #Noki #Noki K-Clique #Seronok #Baran
;