Hiburan

“Nak Berniaga Shopee Sekalipun Jangan Sampai Fitnah Orang” - Ryzal Ibrahim Geram! Tegur Sikap Pemfitnah Rumah Tangga

gempak
Mya Amri
30/09/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Nak Berniaga Shopee Sekalipun Jangan Sampai Fitnah Orang” - Ryzal Ibrahim Geram! Tegur Sikap Pemfitnah Rumah Tangga
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim menegur tindakan sebuah akaun Facebook yang menyebarkan berita tidak benar mengenai hal rumah tangganya.

Jangan jadikan fitnah sebagai modal berniaga

Ryzal menerusi hantaran di Insta Story miliknya berkata pemilik akaun Facebook itu tidak sepatutnya melakukan fitnah terhadap orang lain demi melariskan perniagaannya.

“Awak nak berniaga Shopee sekalipun jangan sampai fitnah rumah tangga orang sebagai modal untuk tarik pembeli.

“Sesetengah orang mungkin tak tekan link tu tapi kebanyakkan akan baca tajuk dan buat andaian sendiri,” tegurnya.

Fitnah dan mengumpat Dalam hantaran yang sama, Ryzal juga turut berkongsi potongan hadis mengenai penyebar fitnah.

“Kalau pun kandungan berita itu benar, maka awak dah dapat dosa mengumpat dan kalau tak betul dapat dosa fitnah.

“Dan ingatlah Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan Huzaifah:
“Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba) - [HR al-Bukhari 6056 dan Muslim 105],” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Didik Anak Jangan Membazir, Netizen Puji Cara Maryam Younarae ‘Pujuk’ Rina Diana Menangis Nak Patung Lagi - “Kalau Nak Beli 10 Pun Mampu, Tapi Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Dituduh Buat Lawak 'Double Meaning', Maryam Mohon Maaf - "Saya Dah Tegur Dia"

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Sebak Lihat Maryam Menangis, Suami Beri Kejutan Hadiah Birthday Pakej Umrah - “Bertuah Dapat Lelaki Yang Tepat”

ARTIKEL BERKAITAN:“Bangga Ke Tak Boleh Cakap Melayu?” - Ryzal Ibrahim Beri Teguran, Tolong Malu Dan Sedar Diri!

ARTIKEL BERKAITAN:Ryzal Ibrahim Mahu Anak Fasih Bahasa Ibunda - “Saya Utamakan Melayu Dulu Baru Korea”

Terdahulu, sebuah akaun Facebook dengan nama ‘Kisah Benar’ telah membuat posting berita bertajuk ‘Maryam menangis, rupanya sudah setahun pendam, ini yang berlaku antara dia dan suami’.
Posting tersebut turut disertakan dengan kapsyen ‘Ya Allah… Macam mana tergamak buat macam tu. Dah lah Maryam tu saudara baru kan. Memang melampau betul’ dan disertakan dengan sebuah link.
Posting tersebut mengundang salah faham netizen sehingga ada yang memberi komen kurang senang di ruangan komen hantaran berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024