Hiburan

"Walau Sekuat Mana Kehidupan Saya Diuji, Saya Akan Sentiasa Bangkit" - Cliff Umar

gempak
Umirah Halim
30/09/2024
01:57 MYT
Sponsor Banner
"Walau Sekuat Mana Kehidupan Saya Diuji, Saya Akan Sentiasa Bangkit" - Cliff Umar

Penyanyi Cliff Umar meluahkan rasa syukur dengan ujian kehidupan yang dihadapi.

Sentiasa bangkit

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, pemilik nama sebenar, Abdullah Umar Joseph, 42, berkata, dia sentiasa akan bangkit walau apa pun cabaran yang mendatang.

“Tidak kisah apa yang berlaku dalam kehidupan saya, samada bekerja di atas pentas suatu hari nanti atau mencari rezeki sebagai penunggang Gojek.

“Terima kasih Tuhan kerana memberkati saya dengan kehidupan yang saya jalani.

“Walau sekuat mana pun kehidupan menolak saya, saya akan sentiasa bangkit dengan lebih kuat dan lebih baik.

“Saya paling gembira kerana saya berpuas hati dengan kehidupan yang sedia ada,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Cliff Umar Didenda RM5,500 Kerana Miliki, Ambil Dadah

​BERITA TRENDING: Cliff Umar Mengaku Bersalah Miliki Dadah

​BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti

​BERITA TRENDING: Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia

Menerusi perkongsian yang lain, bekas vokalis Project Pistol tersebut turut mengakui segala yang berlaku adalah kesilapannya tanpa dipengaruhi mana-mana individu sehingga terjerumus dalam penglibatan dadah.

“Brand new start, brand new life, macam-macam tengah jadi dalam hidup saya.

“Setakat yang korang tahu saya sudah habis bicara, semua sekali kena denda.

“Seperti kenyataan sebelum ini, memang salah saya, tiada sesiapa yang memaksa saya hisap dadah,” ujarnya.

Terdahulu, Cliff Umar mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Penyanyi itu didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri, Mei lalu.

Cliff juga dikenakan tempoh pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Peguam Sallehuddin Salam mewakili Cliff Umar dalam rayuannya memohon hukuman denda minima susulan menanggung isteri dan empat anaknya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024