Mendebarkan! Penuh aksi! Setaraf filem Hollywood!

Itulah antara komen-komen netizen di laman sosial selepas menonton filem terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag, Polis Evo 2 (PE2).

Baru sahaja membuka tayangannya beberapa hari yang lalu, ternyata sambutan yang diberikan penonton bagaikan Tsunami.

Menerusi pemerhatian Gempak, rata-rata peminat melahirkan rasa berpuas hati dengan jalan cerita filem tersebut selain hasil lakonan hebat semua pelakon yang terlibat.
Terbaru, gerakan Skuad Polis Evo 2 baru sahaja selesai menjelajah utara untuk mempromosikan filem tersebut.

Ternyata kedatangan bintang utama Polis Evo 2, Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Hasnul Rahmat sememangnya disambut baik oleh orang utara sehingga menyebabkan panggung menjadi sesak.

Perkara itu membuatkan Shahezy Sam, Zizan Razak dan Hasnul Rahmat terharu melihat sambutan luar jangkaan itu.

Di sini kami kongsikan kemeriahan sepanjang siri jelajah itu berlangsung:





Polis Evo 2 boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

PE2 juga sudah memulakan tayangan awal di Singapura pada 23, 24, dan 25 November.

Manakala tayangan rasmi di negara berkenaan adalah pada 29 November ini.

Selain Sam, Zizan dan Hasnul Rahmat, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan Raline Shah, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!

Foto: Astro Shaw