Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pangsapuri Mewah Bernilai RM1 Juta Menanti Pemenang Emas Olimpik

Gempak
17/07/2024 01:45 MYT
Pangsapuri servis mewah bernilai RM1 juta di Setia Alam menanti atlet negara pertama memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.

Beliau juga mengumumkan penajaan peribadi berjumlah RM1 juta daripada Pengerusi Eksekutif Senheng New Retail Bhd (Senheng) Lim Kim Heng kepada tiga pemain badminton negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie yang pernah berada di bawah Program Bakat Badminton SS dari 2012 hingga 2016.

Sekiranya ada lebih daripada satu pemenang, wang tunai berkenaan akan dikongsikan sama rata antara mereka.

"Emas Olimpik adalah kebanggaan Malaysia. Jadi inilah platform untuk sektor swasta memainkan peranan mereka dalam memberi ganjaran kepada atlet apabila membawa pulang emas," katanya pada sidang media mengumumkan insentif penajaan Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Beliau berkata ada beberapa lagi penaja telah menghubungi Jawatankuasa RTG dan kini menguruskan dokumen guaman bagi memastikan komitmen tawaran insentif itu jelas dan sahih.

Di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), pemenang emas Sukan Olimpik akan menerima RM1 juta, perak (RM300,000) dan gangsa (RM100,000).

Atlet turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik yang diberikan secara bulanan sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa bernilai RM2,000.

Bulan lepas, Chery Malaysia mengumumkan ganjaran berupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada pemenang pingat Olimpik iaitu Tiggo 8 Pro untuk pemenang pingat emas, Omoda E5 untuk pemenang perak dengan Tiggo 7 Pro untuk pemenang pingat gangsa.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: 300,000 Kondom Diberi Kepada 14, 250 Atlet

BERITA TRENDING: Kontinjen Malaysia Bakal Sarung Rekaan Rizman Ruzaini Di Pembukaan Olimpik Paris 2024

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: MOM Pilih Rekaan Baharu Pakaian Kontinjen, Tampilkan Corak Belang Harimau Lebih Garang

BERITA TRENDING: Diberi Penghormatan Sebagai Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Paris 2024, Ini Perkara Menarik Tentang Bertrand & Nur Shazrin


-- BERNAMA
#Viral #Paris #Olimpik #Pangsapuri #Hannah Yeoh #Penaja