Sukan

Paralimpik Paris 2024 Kini Bermula, Ini Pencapaian Atlet Malaysia Yang Membanggakan Sejak 1988

gempak
Gempak
28/08/2024
15:25 MYT
Sponsor Banner
Paralimpik Paris 2024 Kini Bermula, Ini Pencapaian Atlet Malaysia Yang Membanggakan Sejak 1988
Sukan Paralimpik Paris 2024 akan membuka tirainya pada 28 Ogos sehingga 8 September 2024 di mana temasya tersebut akan dilangsungkan di bandar Paris, Perancis.

Sejarah Penyertaan Malaysia dalam Sukan Paralimpik

Malaysia menyertai temasya Sukan Paralimpik buat kali pertama ketika edisi musim panas yang berlangsung di Heidelberg, Jerman pada tahun 1972.
Dalam tiga edisi seterusnya, Malaysia tidak menyertainya di mana temasya tersebut diadakan di Toronto 1976, Arnhem 1980, dan New York & Stoke Mandeville 1984 sebagai penganjur bersama.
Malaysia kemudiannya kembali menyertai Sukan Paralimpik yang berlangsung di Seoul, Korea pada tahun 1988. Dalam sejarah penyertaan Malaysia, sebanyak 16 pingat telah berjaya diperoleh terdiri daripada 6 pingat emas, 4 pingat perak, dan 6 pingat gangsa.

Senarai Pemenang Pingat Atlet Sukan Paralimpik Malaysia

Seoul 1988 Gangsa - Mariappan Perumal (Angkat Berat)
Barcelona 1992 Perak - Cheok Ko Fatt (Angkat Berat) Gangsa - Mariappan Perumal (Angkat Berat) Gangsa - Mohamad Khasseri Othman (Lompat Tinggi)
Beijing 2008 Gangsa - Siow Lee Chan (Powerlifting)
London 2012 Perak - Hasihin Sanawi (Memanah) Gangsa - Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru F20)
Rio de Janeiro 2016 Emas - Mohamad Ridzuan Puzi (100m T36) Emas - Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru F20) Emas - Abdul Latif Romly (Lompat Jauh T20) Gangsa - Siti Noor Radiah Ismail (Lompat Jauh T20)
Tokyo 2020 Emas - Cheah Liek Hou (Badminton) Emas - Abdul Latif Romly (Lompat Jauh T20) Emas - Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting) Perak - Jong Yee Khie (Powerlifting) Perak - Chew Wei Lun (Boccia)

Tarikh dan Lokasi Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024

Sukan Paralimpik Paris 2024 akan diadakan di sekitar bandar Paris dan turut melibatkan bandar Chateauroux. Temasya ini akan berlangsung bermula 28 Ogos sehingga 8 September 2024.

Senarai Atlet Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024

Muhammad Nazmi Nasri (Lompat Jauh) Datuk Abdul Latif Romly (Lompat Jauh) Jonathan Wong Kar Gee (Lompat Jauh) Eddy Bernard (100m Lelaki) Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru) Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi (400m Lelaki) Suresh Selvathamby (Memanah) Nur Jannaton Abdul Jalil (Menanah) Daneshen Govinda Rajan (Memanah) Mohd Amin Burhanuddin (Badminton) Cheah Liek Hou (Badminton) Muhammad Fareez Anuar (Badminton) Muhammad Ikhwan Ramli (Badminton) Noor Azwan Noorlan (Badminton) Lee Chee Hoong (Boccia) Abdul Razzaq Abdul Rahman (Boccia) Noor Askuzaimey Mat Salim (Boccia) Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin (Berbasikal) Muhammad Adi Raimie Amizazahan (Berbasikal) Nur Suraiya Muhamad Zamri (Berbasikal) Farina Shawati Mohd Adnan - Pilot (Berbasikal) Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (Berbasikal) Nurul Suhada Zainal - Pilot (Berbasikal) Nicodemus Manggoi Moses (Powerlifting) Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting) Jong Yee Khie (Powerlifting) Muhammad Imaan Aiman (Renang) Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (Renang) Abu Samah Borhan (Tenis Kerusi Roda) Mohamad Yusshazwan Yusoff (Tenis Kerusi Roda)
Atlet Malaysia akan memulakan cabaran di Sukan Paralimpik Paris 2024 pada 29 Ogos (Khamis) dengan menyaksikan sukan badminton akan menjadi tumpuan utama bagi kontinjen Malaysia. Bagi mengikuti senarai penuh jadual melibatkan atlet Malaysia, layari laman web rasmi Sukan Paralimpik Paris 2024.
Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 akan dibawakan secara langsung oleh penyiar rasmi RTM. Ikuti laporan terkini dari Paris yang akan dibawakan khas di Nadi Arena dan laman web Stadium Astro.
Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024