Laman Utama

Paranoid Dengan Kes Dera, Fazura Bersyukur Jaga Anak Sendiri: "Ada Parents Yang Tak Ada Choice..."

gempak
Maliah Surip
14/04/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
Paranoid Dengan Kes Dera, Fazura Bersyukur Jaga Anak Sendiri: "Ada Parents Yang Tak Ada Choice..."
Dunia aktres berkaliber Fazura kini sudah banyak berubah. Terutama sejak dia dan suaminya, aktor Fattah Amin dikurniakan cahaya mata sulung mereka, Nur Fatima Aisya yang sedang belajar merangkak.
Teruja berkongsi cerita tentang pengalamannya menjadi seorang ibu, pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 27 ini bersyukur kerana sejak melahirkan sehingga Fatima berusia 6 bulan, dia dan Fattah tidak pernah lagi meninggalkan anaknya kepada orang lain.
Menurut Fazura dia paranoid dengan beberapa kes penderaan kanak kanak yang terjadi bukan sahaja di luar tetapi juga dalam negara.
"Saya paranoid, setakat ini memang tidak pernah tinggalkan Fatima dengan bibik sendirian. Saya nak keluar tanpa dia pun tak tenang hati.
"Saya juga bersyukur kerana ada peluang tidak menghantar anak ke tempat pengasuh.
"Ada parents yang tak ada choice kena hantar anak ke tempat pengasuh kerana bekerja.
"Apa lagi mengingatkan banyak kes (penderaan) yang terjadi. Masih kekal dalam memori saya kes kanak kanak yang kena ketuk dengan tukul dan dimasuk dalam peti sejuk. Saya tak boleh (bayangkan)," ujar Fazura sewaktu ditemui saat menjalani penggambaran iklan di ibu kota baru baru ini.
Dan sambung Fazura: "Jika Fattah bekerja, saya yang akan jaga dan jika saya kerja, Fatima akan dijaga ayahnya. Alhamdulillah, sehingga kini semuanya lancar.
Tambah Fazura, biar menguruskan Fatima sendirian bersama Fattah, dia mendapat banyak pertolongan daripada keluarga termasuk ibu dan mak mentua serta rakan rakan.
"Alhamdulillah sejak melahirkan saya tak berdepan masalah menjaga Fatima. Saya ada mama ada ibu, ada pembantu dan ramai yang tolong. Allah permudahkan semuanya," kata Fazura lagi.
Bercakap mengenai aktiviti hariannya, kesibukan sebagai ibu rumah tangga bagaimanapun tidak menghalang Fazura untuk terus aktif terutama dalam bidang perniagaan di bulan Ramadan.
Mengaku tidak mempunyai kesibukan di lokasi, dia memberi fokus terhadap beberapa perniagaannya termasuk kecantikan pada bulan Ramadan ini.
"Saya rasa Ramadan tahun ini biasa sahaja. Saya tidak ada shooting tapi fokus kepada bisnes," katanya menutup bicara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live