Tinggal dua minggu sahaja lagi penyanyi popular Yuna bakal menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Adam Sinclair.
Seperti kebanyakan bakal raja sehari lain, Yuna juga tidak ketinggalan mengadakan parti bujang atau
bachelorette party bersama teman-teman rapatnya.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Yuna berkongsi rasa gembira dan teruja dapat meluangkan masa bersama teman-teman yang pernah menjadi teman sebiliknya di universiti.
Yuna bersama enam lagi sahabatnya yang telah mengenali antara satu sama lain sejak 13 tahun lalu, mengenakan
pantsuits baldu berwarna
peach.
[[BACA: Yuna & Adam Sinclair Sanding 28 Januari 2018]]Majlis tersebut yang diadakan di Saujana Golf & Country Club, Shah Alam itu nampak ringkas dan manis tetapi meriah.
Kepada si darah manis Yuna, semoga urusan menuju hari bahagia dipermudahkan.
Majlis perkahwinan Yuna dan Adam akan diadakan di Putrajaya Convention Centre.
Foto: Instagram
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.