Nama suami Bunga Citra Lestari, Tiko Aryawardhana sedang menjadi perbicaraan hangat selepas didakwa berdepan kes penyelewengan wang.

Bekas isteri Tiko iaitu Arina Winarto melaporkan jenayah yang dibuat Tiko kepada pihak berkuasa polis di Polres Metro Jakarta Selatan.

Lelaki yang berkahwin dengan Bunga pada awal Disember tahun lalu didakwa menyeleweng Rp6.9 miliar (sekitar RM1.9 juta) lapor Detik.com.

Menurut laporan sama, Arina dan Tiko menjalankan perusahaan makanan dan minuman.

Tiko merupakan pengarah urusan manakala bekas isteri sebagai pemegang saham yang mengeluarkan semua modal perniagaan tersebut.

BERITA TRENDING: Bunga Citra Lestari Tidak Berhasrat Hamil Lepas Nikahi Tiko Aryawardhana

Tutup bisnes

Pada awal perniagaan di tahun 2015, semua berjalan lancar sehingga pada 2019 Tiko mendakwa tidak dapat meneruskan bisnes dan perlu ditutup.

“Hal ini menimbulkan curiga dan Arina telah menyiasat tentang pengaliran keluar masuk wang perniagaan mereka.

“Akhirnya dia mendapati ada sekitar Rp6.9 miliar yang digunakan tanpa penjelasan. Jadi dia syak Tiko melakukan penyelewengan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak guaman Arina.


Justeru, Arina mengambil keputusan melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa kerana Tiko disifatkan telah mengakibatkan kerugian terhadap bisnes yang dibangunkan.

BERITA TRENDING: Jangan Merapu Sangat! Netizen Dakwa Lalat Di Kening BCL Jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair

PILIHAN PEMBACA: Netizen Dedah Perangai Panas Baran BCL Yang Pernah Mengamuk Berebut Mihun Depan Tiko

BERITA TRENDING: Bunga Citra Lestari Masak 18KG Rendang Sambut Aidilfitri

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.