Patrick Dempsey Kekok Dinobat Lelaki Terseksi Dunia 2023, Akui Ada Dyslexia
Maliah Surip
11/11/2023 14:45 MYT
11/11/2023 14:45 MYT
Aktor Patrick Dempsey baru dinobatkan sebagai Lelaki Terseksi Dunia 2023 versi majalah People.
Dempsey menerima pengiktirafan tersebut pada usia yang agak lanjut iaitu 57 tahun.
“Walaupun kekok saya gembira ini (anugerah) terjadi pada fasa usia yang betul. Saya mahu gunakan ini untuk menyebarkan positiviti,” kata Dempsey seperti dilaporkan People.
Dempsey mempunyai alasan untuk berkata demikian. Hal ini kerana bintang Sweet Home Alabama tersebut rupanya menjalani kehidupan masa lampau yang tidak menarik seperti mana dirinya kini dipuja.
Menurut Dempsey selain tidak cemerlang dalam pelajaran dia sebenarnya seorang dyslexia.
“Saya mempunyai masalah dyslexia. Jadi saya tidak pernah gembira di sekolah dan bukan pelajar cemerlang.
“Saya perlu melakukan banyak perkara seperti bersukan, main bola, berbasikal dan sebagainya untuk membina keyakinan diri sekaligus menyinar,” akuinya.
Dempsey menerima pengiktirafan tersebut pada usia yang agak lanjut iaitu 57 tahun.
PILIHAN PEMBACA: Meerqeen Antara 100 Lelaki Terkacak Di Dunia!
Namun kata aktor yang terkenal lalu menjadi kegilaan ramai menerusi watak pakar bedah bernama Derek “McDreamy” Shepherd dalam siri popular Grey’s Anatomy, dia menerima ‘anugerah’ tersebut dengan senang hati meski berasa kekok.“Walaupun kekok saya gembira ini (anugerah) terjadi pada fasa usia yang betul. Saya mahu gunakan ini untuk menyebarkan positiviti,” kata Dempsey seperti dilaporkan People.