Penampilan penyanyi Korea, Kwon Eun Bi di acara Cass Cool Festival baru-baru ini menjadi tular dan mendapat perhatian netizen.

Netizen mendakwa baju yang dipakai Eun Bi terlampau seksi lebih lebih lagi apabila pakaian bertali halus berwarna biru itu terlalu mendedahkan bahagian dadanya.

Disebabkan itu juga, rakaman persembahan yang dimuat naik di YouTube itu menjadi tular dan mendapat sebanyak 600,000 jumlah tontonan dalam masa dua hari.

Bagaimanapun ada juga netizen yang mempertahankan Eun Bi dengan mengatakan bahawa pakaian itu sesuai untuk acara berkenaan.


Terdahulu, Eun Bi merupakan anggota kumpulan popular iaitu IZ*ONE.

Bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk memulakan kerjaya solo pada Ogos 2021.