HIBURAN
Patung Barbie Versi BTS Bakal Dilancarkan, Pakaian Sama Dalam Muzik Video Idol
Buat pertama kalinya, syarikat pengeluar patung Barbie, Mattel bakal melancarkan koleksi patung istimewa kumpulan K-Pop popular, BTS
Dengan menggunaka hashtag #BTSDollsOfficial, berita gembira itu diumuman sendiri oleh syarikat berkenaan ketika Pameran Mainan dan Permainan Hong Kong selain laman Twitter rasmi mereka.
Menerui kenyataan yang dipetik Soompi, kolaborasi antara Mattel dan syarikat pengurusan BTS, Big Hit Entertainment bakal menyaksikan pelancaran pelbagai produk seperti anak patung, ‘figurines’, mainan dan permainan.

“Kolaborasi ini bakal dilancarkan pada musim panas tahun ini dan ia merupakan koleksi anak patung pertama yang akan dicipta mengikut kesamaan wajah anggota BTS.
“Manakala untuk pakaian pula akan direka berdasarkan pakaian yang dipakai BTS menerusi muzik video terbaru mereka, Idol,” jelas Mattel.

Tambah Mattel lagi, mereka akan sentiasa memberikan maklumat mengenai perkembangan lanjut tentang produk perkenaan di Twitter rasmi mereka.
Sejak berita ini dihebahkan, peminat BTS, Army sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat hasil patung berkenaan.
Sumber: SoompiMattel, @bts_bighit & @BigHitEnt are bringing #BTSDollsOfficial to millions around the world! Follow us for #BTSxMattel updates. #BTS pic.twitter.com/6NBvG75iKl— Mattel (@Mattel) January 7, 2019
Foto: Naver x Dispatch
Must-Watch Video