Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Patutlah Mommy Mengamuk…” - Netizen Buat U-Turn, Sokong Mas Idayu Lepas Tengok Semula Persembahan Sissy Iman

Shahrin Zulkifle
26/01/2023 03:00 MYT

Sejak kebelakangan ini nama penyanyi Mas Idayu menjadi bualan ramai susulan tindakanya mengkritik cara nyanyian Sissy Iman pada acara sebuah pertandingan yang berlangsung hujung minggu lalu.

Susulan kejadian itu, pelantun lagu Goyang Bali itu terus menjadi sasaran netizen sehingga ada yang mengecam dan mempersoalkan kredibilitinya sebagai seorang juri.

BACA: “Maafkan Saya Semua” - Sissy Iman

BACA: “Tiada Emak Marah Tanpa Sebab…” - Mas Idayu Nafi Buat Serangan Peribadi Terhadap Sissy Iman

Bagaimanapun baru-baru ini, seorang pengguna laman TikTok telah memuat naik semula persembahan Sissy Iman pada acara tersebut.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata netizen dilihat mahu menarik semula kecaman yang dilemparkan kepada Mas Idayu.

Ini kerana, netizen yang menyaksikan semula persembahan berkenaan sudah berubah fikiran dan mula sependapat dengan Mas Idayu bahawa nyanyian Sissy sememangnya kedengaran teruk.

“Lepas dengar semula aku rasa nak minta maaf dekat Mas Idayu sebab dah termaki dia,” kongsi seorang netizen.

“Ok, aku setuju dengan Mas Idayu,” komen seorang warganet.

“Hari tu rasa nak ikut nangis dengan Sissy, lepas tengok semula rasa nak ikut mengamuk dengan Mommy,” ujar seorang lagi netizen.

“Patutlah Mommy mengamuk, haha,” kata seorang wargamaya.

undefined

Terdahulu, penyanyi Sissy Iman dan Naim Daniel yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh juri tetap iaitu Mas Idayu selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.

Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas.

Insiden itu juga membuatkan Sissy seolah-olah hilang semangat dan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut.

BACA: Masih Sentap! Sissy Iman Tak Jadi Lancar Album, Tukar Jadi Derma - “Rasa Tak Boleh Tengok, 10 Tahun Merangkak…”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Mas Idayu #”Naim #”Sissy #Daniel” #Iman”