Juri program realiti Mas Idayu tampil memberi penjelasan terhadap komen yang dianggap takam dan pedas terhadap peersembahan pasangan sepupu, Sissy Iman dan Naik Daniel pada Ahad.
Kata Mas Idayu kepada BH Online tiada sekelumit perasaan benci dalam hatinya sebaliknya ia dilakukannya atas dasar rasa tanggungjawab sebagai juri terhadap peserta.
"Sejujurnya, sebelum program bermula lagi, saya sudah pukul canang mengatakan Naim dan Sissy adalah peserta berpotensi. Ini kerana Sissy cerdik dalam ilmu muzik, manakala Naim mempunyai kepakaran dari segi persembahan.
"Justeru, saya teruja apabila mendapat tahu Sissy dan Naim akan tampil dengan lagu Jampi yang susunan muzik diubah kepada genre keroncong.
"Namun, hasilnya mengecewakan kerana nyanyian mereka sumbang berbanding muzik yang besar.
"Tiada emak, cikgu atau sesiapa yang akan marah tanpa sebab. Saya tegur kerana saya sayang bakat mereka.
"Saya mahu mereka lebih berjaya apabila keluar daripada program ini nanti," katanya.
Dalam pada itu, Mas Idayu menegaskan, teguran itu bukanlah ditujukan kepada Sissy seorang sahaja seperti yang tular.
"Kalau dengar komen, saya tujukan kepada Sissy dan Naim. Ini juga bukan serangan peribadi terhadap Sissy seorang.
"Saya faham perasaan Sissy apabila menangis atas pentas, tetapi niat saya membuat teguran kerana saya perlu bersikap jujur.
"Ini sudah minggu keenam dan saya tidak boleh pejam mata jika ada kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.
"Setiap peserta program ini sepatutnya bersedia dengan pelbagai kemungkinan kerana mereka sudah dimaklumkan lebih awal oleh produksi saya adalah seorang daripada juri dan karakter saya.
"Jika ambil positif apa yang saya katakan dan terus kekal menyertai program realiti minggu depan, dia adalah seorang yang profesional dan dahsyat.
"Tetapi, jika memutuskan menarik tarik diri, Sissy juga yang rugi. Apapun, saya serahkan pada produksi keputusan yang bakal Sissy ambil," ujar penyanyi Cinta 100% ini.
Mengulas kecaman diterima termasuk rakan artis yang menganggap cara tegurannya keterlaluan, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Gelek 45 darjah itu berkata, dia hanya menjadi diri sendiri.
"Orang luar nak cakap apapun, terpulanglah. Sebagai juri, saya hanya mahu anak-anak saya menang dan keluar menjadi penyanyi lebih bagus.
"Lagipun, ini memang karakter saya sebagai juri. Saya tidak boleh menjadi seperti orang lain. Benda ini pun berlaku secara spontan dan bukannya dibuat-buat.
"Saya ada juga mendengar orang luar menganggap ini kandungan semata-mata untuk sensasi. Itu juga tidak benar," tegasnya.
Gempak
Tue Jan 24 2023
.png?ext=.png)

“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah, Tidak Semua Yang Disondol Itu Bersalah” - Nasihat Fazley Yaakob
Datuk Fazley beri pendapat isu penyondol.

"Dia Penyayang, Penyabar Sama Macam Arwah" - Shuib
Watie ada ciri-ciri seperti arwah Siti Sarah.

Didakwa 'Sondol' Rumah Tangga Bella Astillah Dengan Aliff Aziz, Ini Respon Sophia Albarakbah
Semoga dapat selesaikan dengan cara baik...

Priyanka Chopra Dedah Wajah Anak Selepas 1 Tahun, Peminat: “Dia Ada DNA Nick Jonas!
Comel!

Tiga Rapper Hilang Secara Misteri Selepas Tak Jadi Buat Persembahan
Alamak...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 7
Akim begitu gembira mendapat kerja dan berjanji akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 7
Ejoi nak buat mixed tape lagu-lagu cinta. Ejoi cuba selidik citarasa lagu Phoebe melalui Laila. Tapi Ejoi tak berkesempatan nak bagi mixtape pada Phoebe. #KisahCintaPhoebeDanEjoi #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Memang Legend! Lepas Tawan Semenanjung & Singapura, Exists Konsert Di Sarawak Mei Ini
Tak sabar!

Sean Lee Dipaksa Nyanyi Lagu Trending Dekat Public! | Gempak Most Wanted EP19
This week kita memang tak kasi chance! Amelia senyum puas hati dekat rumah tengok Sean kena nyanyi lagu dekat public #GempakMostWanted #GempakMostWanted2022 #GempakMostWantedShow

Akhirnya Terjawab! Bella Astillah Dedah Mesej Sophia Albarakbah - “Inilah Sebabnya Dia Tak Nak Involve Satu Malaysia”
Tak sangka macam tu...