Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Patutlah Pilih Ciri Calon Suami Yang Jujur & Tak Curang, Rupanya Sophia Albarakbah Pernah Ditipu Bekas Kekasih

Mya Amri
04/07/2024 01:55 MYT
Pelakon, Sophia Albarakbah mendedahkan kriteria pemilihan calon suami idamannya.

Dedah ciri-ciri lelaki idaman


Antara yang menjadi ciri-ciri lelaki idamannya adalah seorang yang jujur dan setia dalam perhubungan.

Sophia berkongsi kriteria idamannya sebagai menjawab pertanyaan netizen menerusi ruangan ask me a question di Insta Story miliknya.

“Suka lelaki kelakar tetapi lagi suka kalau dia bukan penipu, jujur, tak curang, seorang yang melindungi dan menyayangi saya.

“Bertanggungjawab, memahami, tidak baran, mengutamakan keluarga, mendahulukan saya dalam segala perkara dan mendekat diri dengan Tuhan.


"Saya juga suka lelaki yang tidak lari dari masalah, rajin berusaha dan selalu mencuba untuk memperbaiki diri," tulisnya.


Dalam pada itu, Sophia juga turut menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan bagaimana seseorang itu tergamak untuk menipu Sophia dalam perhubungan.

“Oh, bekas teman lelaki saya baru sahaja melakukannya. Mungkin disebabkan saya tidak sempurna,” balasnya.

Trauma nak bercinta


Sementara itu, netizen juga bertanya mengenai status terkini menganai dirinya namun Sophia berkata buat masa ini dia masih trauma untuk menjalinkan hubungan cinta.

"Saya trauma, biarkan saya sendiri," jawabnya.

BERITA TRENDING: “Tunggu Sophia Sendiri Beri Kenyataan” - Pengurusan Sophia Albarakbah

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Berlagak 'Angel'... Beri Kenyataan Palsu Kepada Media?


BERITA TRENDING: "Ada Yang Mendekati, Tapi Maaf Saya Tak Berminat" - Sophia Albarakbah

BERITA TRENDING: Kaki Sophia Albarakbah Lebam-Lebam Bergelut Dengan Penjahat!


Terdahulu, Sophia sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyanyi, Aliff Aziz.

Bagaimanapun, sehingga kini Sophia mengambil pendekatan untuk enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.

#pelakon #Calon Suami #Trauma #Sophia Albarakbah #Ciri Ciri Suami #Tak Curang #Trauma Bercinta
;