,
Laman Utama

#PE3: Sanggup Turunkan 12Kg, Sharnaaz Ahmad Terpaksa Bermain Dengan Emosi Dalam Polis Evo 3

Syafiqah Jalal
25/05/2023
08:46 MYT
Aktor Sharnaaz Ahmad akui melalui satu fasa baharu dalam hidup sewaktu menjalani penggambaran filem aksi Polis Evo 3 pada tahun 2019.
Sharnaaz memberitahu ketika babak bergenang air mata saat dihimpit rasa marah dan kesedihan itu dia telah memberi sepenuh penjiwaan dalam filem berkenaan.
“Semua sudah sedia maklum, ketika penggambaran berlangsung saya sedang melalui satu fasa dalam hidup tetapi saya cuba kawal emosi dan buat kerja sahaja.
“Bagi saya kerja adalah kerja, tanggungjawab tetap saya laksanakan dengan sehabis baik. Kalau tak mampu buat, saya akan sedih dengan diri sendiri,”katanya kepada Gempak.
Menurut Sharnaaz yang menggalas watak Reza dalam filem arahan Syafiq Yusof itu, badannya juga susut impak latihan fizikal, selain perlu merealisasikan banyak babak lasak dan pertarungan.
“Saya perlu melalui latihan itu selama tiga bulan lebih dan saya terpaksa menurunlkan berat badan saya dari 83 kilogram (kg) ke 71kg.
“Saya nampak susut tetapi itu cara untuk saya dapatkan fitness yang lebih untuk filem ini,” ujarnya.
Selain Sharnaaz, filem terbitan Astro Shaw ini turut dibintangi oleh Zizan Razak, Shaheizy Sam, Nora Danish dan ramai lagi.
Polis Evo 3 bakal menjengah 165 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei ini.
Filem terbitan bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini mengangkat kredibiliti pasukan polis negara dan Polis Evo 3 masih mengekalkan elemen aksi komedi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Anak Lapor Polis Selepas Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021

gempak
12/11/2024
11:55 MYT
Menurut sumber, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Hiburan

Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad - “Jaga Anak Tu Elok-Elok, Jangan Ikut Perangai…”

gempak
09/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi paparan skrin komen netizen yang mengungkit semula isu bayaran nafkah sebanyak RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila.
Berita

Banyak Spekulasi Tidak Benar, Kami Serbu 5 Pagi - Polis Thailand

gempak
09/11/2024
18:55 MYT
Polis Sungai Golok mendakwa banyak spekulasi yang tidak benar berhubung tangkapan enam suspek rakyat Malaysia di sebuah hotel, Sungai Golok, Thailand baru-baru ini.
Berita

Ibu Hantar Anak Degil, Suka Melawan Ke Balai Polis

gempak
08/11/2024
18:55 MYT
Media tempatan melaporkan, Satrio Tomayahu,19, dihantar oleh ibunya Nunlawati Beu,42, ke balai polis Dungingi, Kabubaten Gorontola bagi memberi pengajaran kepada anaknya itu baru-baru ini.
Viral

Anak Muda Kelantan 'Banjiri' Golok Untuk Berhibur - "Hari Biasa Ramai, Hujung Minggu Lagi Ramai"

gempak
05/11/2024
01:57 MYT
Polis Kelantan mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand menjadi 'pusat hiburan' kepada rakyat Serambi Makkah terutama anak muda pada hujung minggu.
Unitar