Nampaknya penangan filem Polis Evo 3 bukan sahaja di carta blockbuster panggung wayang tempatan, malah runut bunyinya, Ayuh, nyanyian Malique, Ernie Zakri dan Aman RA turut trending di platform TikTok!

BACA: #PE3: Kutipan Cecah RM45 Juta, Penonton Puji Polis Evo 3 Sudah Layak Ke Tahap Antarabangsa

Menerusi kemas kini TikTok Malaysia di Instagram, lagu Ayuh berada di kedudukan nombor satu pada carta Trending Song Of The Week (Local) manakala nombor lima pada carta Trending Song Of The Week (Global) TikTok.

Tidak hanya itu, lagu Evo juga turut tersenarai pada nombor 5 menerusi carta Trending Song Of The Week (Local) TikTok.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.


Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Setakat ini, Polis Evo 3 berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM45 juta.

Filem Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23 juta.

BACA: #PE3: Wah Ada Suara Inspektor Sani & Khai! PUBG Mobile Lancar Pek Khas Untuk Polis Evo 3

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.