Gempaknya! Permainan mudah alih popular PUBG Mobile telah melancarkan kandungan baharu buat para pemainnya apabila ia bertemakan filem aksi tempatan Polis Evo 3.

PUBG Mobile yang merupakan salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia itu membawakan kepada peminat dan pemain, pek suara Polis Evo eksklusif dan item dalam permainan dengan pelancaran acara Operasi Evo!

BACA: #PE3: Padu Boh! Lagu Ayuh Tersenarai Pada Kedudukan Top 5 Dalam Carta Trending Song Of The Week Di TikTok!

Bermula 27 Mei, para pemain telah menikmati acara Operasi Evo Event dan dapatkan pek suara istimewa oleh pelakon Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Suara tersebut akan dilakonkan dengan watak mereka iaitu Inspektor Khai dan Inspektor Sani.


Di samping itu, OST Polis Evo 3 bertajuk Ayuh akan dimainkan sewaktu pemain berada dalam Game Lobby untuk PUBG Mobile. Kandungan khas lain yang bertemakan filem tersebut termasuklah bingkai profil (profile frame), gambar profil (profile picture) dan semburan grafiti (grafitti spray).

Pemain perlu melengkapkan beberapa tugas untuk mendapatkan item-item bertemakan Polis Evo. Berikut adalah butiran mengenainya:



Pengurus Pemasaran PUBG MOBILE Malaysia, Adil Hisham akui teruja dengan kerjasama itu.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Polis Evo 3 untuk acara dalam permainan istimewa ini. Sebagai ansuran ketiga kepada francais Polis Evo yang sangat popular, kerjasama ini menyatukan komuniti PUBG Mobile sama seperti persaudaraan Inspektor Khai & Inspektor Sani ” katanya.

BACA: #PE3: Kutipan Cecah RM45 Juta, Penonton Puji Polis Evo 3 Sudah Layak Ke Tahap Antarabangsa

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, PUBG Mobile juga telah mengeluarkan video kerjasama rasmi di seluruh saluran sosial mereka. Dalam video itu, kami dapat melihat pasangan penumpas jenayah kegemaran kami dalam misi menyelamat untuk meresap bom. Peminat juga akan melihat cameo khas PUBG Mobile, yang menyertai ‘supercops’ kami dalam misi mereka.

Dalam masa sibuk bersiap sedia untuk misi anda sendiri di PUBG Mobile, jangan lupa menonton Polis Evo 3, yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang!