,
Laman Utama

#PE3 : Kutipan Cecah RM45 Juta! Penonton Puji Polis Evo 3 Sudah Layak Ke Tahap Antarabangsa

Asyikin Mayudin
10/06/2023
06:52 MYT
Filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 mencetuskan satu fenomeno dalam dunia perfileman apabila karya arahan pengarah Syafiq Yusof kini sudah meraih kutipan RM45 juta!
Malah, boleh dikatakan semua penonton yang menonton filem lakonan duo hebat Zizan Razak dan Shahiezy Sam berpuas hati sehingga ada juga yang sanggup berulang kali pergi ke panggung untuk menyaksikan filem hebat ini.
Bukan itu sahaja, penonton juga memuji garapan luar biasa filem Polis Evo 3 yang turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.
“So far Polis Evo 3 bagi saya sudah ke tahap antarabangsa… sebab mereka letak elemen seperti nama di jalur bom, cara mereka memegang pistol + lampu suluh dalam pada masa sama mereka perlu mencari penjahat. Bunyi klik-klik sangat memuaskan!
“Polis Evo 1, 2, 3 memang bagi aku layak pergi international sebab memang mantap!” komen penonton.
Malah, siri jelajah baru-baru ini diadakan di Singapura turut mendapat sambutan yang sangat luar biasa.
Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh disambut meriah.
Demam Polis Evo 3 telah mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan.
Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya 10, 11 di Johor, Melaka. 14, 15, 16, 17, 18 Jun di Sabah dan Sarawak. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Hiburan

Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

gempak
07/08/2024
09:55 MYT
JoZan merupakan gabungan dua pelawak hebat iaitu Johan dan Zizan Razak yang bermula sebagai peserta rancangan realiti, Raja Lawak musim pertama.
Hiburan

JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”

gempak
05/08/2024
09:25 MYT
Setelah enam tahun, gabungan ‘JoZan’ iaitu pelawak dan pengacara Zizan Razak dan Johan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.
Viral

Penangan Nama Di Ending Kredit Deadpool & Wolverine, Zizan Terkejut Orang Mula Beri Gelaran Supehero - “Saya Keluar Pergi Kedai Makan..”

gempak
29/07/2024
12:55 MYT
Selepas namanya tersenarai di dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine, pelawak Zizan Razak akui berasa terkejut dengan penangan yang diterima.