Laman Utama
#PE3: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Kongsi Kisah Disebalik Babak Bilik Siasatan Bersama Zizan Razak - “That Time, I Was Very Shaking Because…”
Watak ‘villain’ lakonan pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai Reza dalam filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 sememangnya memberi impak yang besar kepada penonton yang menonton.
Berkongsi mengenai watak itu, Sharnaaz mendedahkan dia melakukan latihan di gimnasium sebanyak tiga kali seharian tanpa henti sebelum memulakan penggambaran.
Malah, Sharnaaz turut memberitahu babak ketika dalam bilik siasatan bersama Inspektor Sani lakonan Zizan Razak dilakukan dengan sepenuh hati memandangkan ketika itu dia berdepan dengan masalah rumah tangga.
Advertisement
“Aku balik, makan, aku tidur dan sambung petang gym. Aku balik makan, kemudian sambung lagi gym waktu malam. Tiga kali sehari untuk lakukan latihan setiap hari tanpa henti… 7 hari seminggu.
“Sampailah hari penggambaran, babak pertama adalah babak siasatan. Siapa yang dah tengok babak siasatan itu… itulah hari pertama aku dekat set di mana waktu itu I just let go… everything.
“Syafiq dan Zizan ada ketika itu, sebab babak itu antara aku dan Zizan. Waktu tengah rakam babak itu, semua orang dalam keadaan senyap. I was out from my body that time.
“Aku cakap melalui mata Zizan dan beritahu apa yang aku rasa. Sebab itu yang aku rasa masa itu. I lost my marriage, kind of my son masa itu. Energy yang aku bagi masa itu adalah aku bukan berlakon,” kongsinya.
Sharnaaz dalam temu bual menerusi Podcast OKLETSGO berkata dia juga meminta untuk digari secara ketat kerana ingin menghayati babak tersebut.
“That time, I was very shaking because bro… diorang memang kunci (gari) aku betul-betul and I asked them to lock me. Gari aku, gari aku betul-betul. Itu saja aku minta… jangan gari loose sebab aku nak feel.
“Sebab aku nak tarik, jadi aku tarik jadi lebih ketat sebab kalau gari itu loose, I will jump on the table and ‘eat’ Zizan. That’s how I feel waktu itu. Zizan pun dah macam ‘apahal mamat ni’.
“Because that was my first scene… bila cut, it took me 30 minutes juga untuk calm down balik,” katanya.
Filem Polis Evo 3 berjaya cipta rekod dengan meraih kutipan RM50 juta dalam tempoh 24 hari rasmi termasuk tayangan awal dan sekali gus menjadikan Polis Evo 3 sebagai filem aksi komedi nombor 1 paling laris di Malaysia sepanjang masa.
Meskipun memasuki minggu ke-empat tayangan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan dihimpit dengan pelbagai filem-filem daripada francais besar Hollywood, namun filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini masih mendapat kepercayaan penonton dari semua latar serta peringkat usia.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.
Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
ARTIKEL BERKAITAN: #PE3: Kemah Boh! Polis Evo 3 Kutip RM50 Juta, Filem 2023 Paling Laris Di Malaysia!
ARTIKEL BERKAITAN: #PE3: Sanggup Turunkan 12Kg, Sharnaaz Ahmad Terpaksa Bermain Dengan Emosi Dalam Polis Evo 3
Must-Watch Video