Pelakon filem PASKAL The Movie, Taufiq Hanafi berkongsi transformasi bentuk tubuhnya.

Taufiq berkongsi sekeping foto di laman Instagram miliknya yang menunjukkan perubahan susuk badannya.

Nak atau tak nak je..buang sifat malas..displin kan diri dan kuatkan mental..pasti boleh...pedulikan apa yg orang cakap..kerana orang hanya tau bercakap..yang menangung hanya lah kita sendiri.. They Hate You cause They Ain’t you.. . . #UstatPaskal #Abu #Olabola #PaskalTheMovie #TLDM #RoadToHollywood #Transformation #motivation #self #motivate #mental #gym #workout #fitness #instafamous #actor #actorlive #like #liketolike #follow #followtofollow #shred #shredarmy #instagym #instaworkout #male #model #malaysia

A post shared by Ustat Paskal (@taufiqhanafi11) on


"Nak atau tak nak je... Buang sifat malas... Disiplinkan diri dan kuatkan mental... Pasti boleh...

"Pedulikan apa yang orang cakap... Kerana orang hanya tau bercakap, yang menanggung hanyalah kita sendiri... They hate you cause they iin’t you," tulis Taufiq.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji usaha gigih pelakon filem Ola Bola The Movie ini untuk mendapatkan bentuk badan idamannya.

Ada juga netizen yang mahu Taufiq berkongsi tips bersama peminat yang lain.

Filem lakonan Taufiq, PASKAL The Movie masih hangat ditayangkan di pawagam.

Filem arahan Adrian Teh ini telah menerima kutipan lebih RM27.3 juta dalam tempoh 32 hari tayangan.

Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini telah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!