Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pejabat Shah Rukh Khan Dipenuhi 300 Piala Sepanjang Bergelar Anak Seni

Gempak
21/08/2024 11:13 MYT
Hampir empat dekad bergelar anak seni, Shah Rukh Khan bukan hanya terkenal di India bahkan mengukuhkan reputasi cemerlang sehingga ke arena antarabangsa.

Bintang Bollywood itu mengakui, seiring peningkatan usia dia gemar menghadiri majlis yang membolehkannya membina jaringan komunikasi dengan teman seperjuangan.

Bahkan katanya, pada masa sama dia bersyukur masih dijemput ke acara anugerah selain diberikan penghormatan untuk menerima trofi.

300 trofi


Menurut pelakon Pathaan itu, sehingga ke hari ini dia telah meraih lebih 300 trofi yang disimpan di bangunan pejabatnya di Mumbai.

“Boleh dikatakan semua aras bangunan pejabat saya yang mempunyai sembilan aras dihiasi trofi kemenangan saya dalam pelbagai anugerah,” katanya.


Antara trofi tersebut adalah 14 Filmfare Awards. Shah Rukh, penghormatan tertinggi kerajaan India, Padma Shri (2005), Order of Arts and Letters and Legion of Honour Dari kerajaan Perancis (2007 dan 2014), serta trofi Malaysia’s Brand Laureate Legendary Award (2012).

BERITA TRENDING: Akui Sukar Kawal Isteri, Shah Rukh Khan Minta Peminat Selesaikan Masalah Rumah Tangga Sendiri

BERITA TRENDING: Shah Rukh Khan Lakukan Pembedahan Hidung Di Amerika Syarikat

BERITA TRENDING: Shah Rukh Khan 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia 2023!

BERITA TRENDING: Shah Rukh Khan Dedah Wanita Pertama Yang ‘Curi’ Hatinya

#Shah Rukh Khan #Anak Seni #SRK #Piala