Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pekerja Asing Ini Hanya Belanja RM200 Daripada Gaji Bulanan, Baki RM4,000 Hantar Ke Kampung

Gempak
14/02/2024 01:55 MYT
Tidak keterlaluan dikatakan, kebanyakan daripada pekerjaan yang memerlukan tenaga dan tulang empat kerat sebagai ‘jentera’ penggerak utama banyak digalas oleh pekerj bukan warganegara Malaysia.

Hal ini seringkali boleh dilihat menerusi kerja-kerja pertukangan dan pembinaan.

BERITA TRENDING: Pernah Terlibat Bina Stadium, Ini Kisah 3 Pekerja Asing Yang Berpeluang Menonton Coldplay Secara Percuma Di Singapura

Kebanyakan daripada mereka juga mencari rezeki dengan tekun bagi menyara keluarga dan mungkin juga anak-anak yang ditinggalkan di kampung halaman.

Perkara yang sama turut dialami oleh seorang buruh binaan yang difahamkan berasal dari Bangladesh ini.

Menerusi platform TikTok, seorang individu berkongsi tentang kisah pekerja binaan tersebut yang mengirim gaji bulanan untuk kegunaan keluarga dalam jumlah yang agak besar. undefined“Satu bulan saya kerja, RM4,200… Nanti saya kirim (duit) ke kampung. Baki saya ada RM200.

“Tak cukup. Semua kirim kampung. Saya tak beli baju dan seluar, semua duit kirim ke kampung,” tuturnya.

BERITA TRENDING: Warga Asing Bergaduh Enggan Bayar Bil Hospital, Netizen: “Tanggungjawab Siapa Dalam Hal Ini?”

Menerusi ruangan komen di platform berkenaan, ramai yang mempersoalkan kenapa gaji pekerja buruh binaan setinggi itu.

Namun, ada yang memberitahu kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka setimpal dengan gaji yang diperolehi.





#Pekerja asing
;