Viral

Warga Asing Bergaduh Enggan Bayar Bil Hospital, Netizen: “Tanggungjawab Siapa Dalam Hal Ini?”

gempak
Gempak
16/01/2024
12:00 MYT
Sponsor Banner
Warga Asing Bergaduh Enggan Bayar Bil Hospital, Netizen: “Tanggungjawab Siapa Dalam Hal Ini?”
Tular di platform X apabila ada individu mendakwa seorang pesakit warga asing melakukan kekecohan semasa proses keluar daripada hospital (discharged) gara-gara enggan membayar bil setelah menerima rawatan di hospital tersebut.
“Minggu lepas warga asing PATI ni dah warded lepas itu masa discharged bergaduh sebab tak mahu membayar bil kerana tiada duit.
“Sabtu lepas admited lagi buat procedure. Siapa yang kena bayar? Cukai Rakyat Malaysia la yang cover cost dia,” tulis individu itu di hantaran tersebut.

Berita Trending: Petinju Ceraikan Isteri Dua Jam Selepas Lahirkan Anak

Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat rata-rata netizen juga tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh warga asing tersebut kerana seolah-olah mengambil kesempatan terhadap perkhidmatan hospital yang ditawarkan di Malaysia.
Antara komen yang diterima:
“Semua hospital ada masalah sama tapi semua ambil remeh sebab orang luar tak tahu.
“Nanti kalau dah viral macam ni, baru lah keluar pekeliling baru. Tanggungjawab siapa dalam hal ni?
“Sedap eh nak menyedap pakai subsidi rakyat malaysia.
“Kalau isu ini viral sampai ke menteri kesihatan, boleh minta YB Menteri Kesihatan sendiri jelaskan berapa jumlah duit cukai kita yang di gunakan untuk cover bil kesihatan pati.
“Patut ada undang-undang kena bayar dulu,ini semua kerajaan Malaysia kena tanggung warga asing seperti biawak hidup,” luah seorang pengguna X.
Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan diberikan oleh Menteri Kesihatan terhadap isu ini.
Bagaimanapun, hantaran ini telah menerima sebanyak 3.1 ribu sukaan dan 400 ribu tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024