Viral

Pekerja 'Ngelat' Masuk Kerja Lepas Raya, Banjiri Group WhatsApp Dengan Alasan Tak Sihat!

gempak
Umirah Halim
15/04/2024
05:00 MYT
Sponsor Banner
Pekerja 'Ngelat' Masuk Kerja Lepas Raya, Banjiri Group WhatsApp Dengan Alasan Tak Sihat!
Sekeping tangkap layar yang memaparkan deretan alasan pekerja yang menggunakan alasan ‘tidak sihat’ mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Semua demam

Menerusi tangkap layar yang dimuatnaik oleh pengguna X, dapat dilihat rata-rata memaklumkan yang mereka demam sebagai alasan untuk tidak masuk bekerja pada hari ini.
Lebih menarik perhatian lagi ada juga yang memaklumkan bahawa satu keluarganya didakwa demam.
“Seperti yang telah dijangkakan,” tulis pengguna X tersebut di ruangan kapsyen.

Netizen komen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang syak golongan ini sekadar memberi alasan untuk tidak masuk bekerja setelah seronok bercuti untuk sambutan Aidilfitri.
“Tiba tiba semua demam serentak. Berjanji ke ni?
“Betul ke ceritanya, ala kesiannya ok.
“Dah lama tak nampak orang demam berjemaah sejak covid. Dulu nak MC demam cukup takut, kena palau sebab covid.
“Tak sihat betul-betul baru tahu.
“Ramainya. Yang masuk kerja harini mesti sakit jiwa sakit otak nak cover,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 200 ribu tontonan di Platform X.

Berita Trending: Insiden Tembak KLIA: Isteri Sedang Hamil, Dalam Proses Cerai

Berita Trending: "Duit Raya Seringgit Ke, Seratus Ringgit Ke, Enjoy Je Lah!" - Diana Danielle
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live