Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”
Mya Amri
05/07/2024 06:55 MYT
05/07/2024 06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.
Cipta lagu rap untuk subjek Sejarah
Menerusi video tular di TikTok, pelajar lelaki yang dikenali sebagai Aaron Lim ini mempunyai inisiatif tersendiri untuk mengingati subjek mata pelajaran tersebut dengan cara menjadikannya sebagai lagu rap.
Setakat ini Aaron sudah mencipta beberapa lagu untuk bab bab tertentu dalam subjek Sejarah antaranya Konsep Kedaulatan, Jenis Kedaulatan, Ciri-Ciri Negara Berdaulat dan kepentingan Negara Berdaulat.
BERITA TRENDING: Cik B Beri Nasihat Pentingkan Pelajaran - “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Influencer, So Study!”
BERITA TRENDING: Adik Dapat 9A SPM, Meerqeen Mahu Hadiahkan Kereta - “Memang Dah Janji Dengan Dia"
BERITA TRENDING: Anak Rahim Sepahtu Syukur SPM 8A, Termenung Tengok Result - “Masa Trial, Matematik Siap Ada E”
BERITA TRENDING:Bangun 4 Pagi Ulangkaji Rahsia Pelajar Orang Asli Dapat 9A SPM! - "Percubaan Saya Cuma Dapat 3A"
Netizen approved
Sementara itu, diruangan komen video-video yang dikongsikan Aaron juga menerima reaksi positif netizen.
Rata-ratanya memuji kreativiti Aaron dan menghargai bakat anak muda itu yang secara tidak langsung dapat membantu pelajar-pelajar lain yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mudah menghafal subjek berkenaan.
Antara komen yang diterima adalah:
“Kalau aku ada zaman sekarang mesti Sejarah aku dah A,”
“Kenapalah adik ni tak muncul masa zaman kami SPM dulu, kalau tak mesti best je belajar Sejarah,”
“Bagus adik ni, boleh jadi cikgu Sejarah nanti. Tak adalah budak-budak bosan,”
Berikut merupakan video rap Aaron:
undefined
undefined