Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengingatkan tentang kepentingan pelajaran untuk masa hadapan.

Pelajaran itu penting


Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menyatakan pandangannya menerusi ruangan Ask Me A Question yang dilakukan di Insta Story miliknya.

Soalan yang ditanyakan kepadanya adalah:

“Study hard untuk mendapatkan kerjaya yang bagus atau jangan belajar dan terus menjadi pempengaruh?”

Menjawab pertanyaan tersebut? Cik B menegaskan pelajaran amat penting sebagai persiapan untuk menempuh kehidupan di masa akan datang.

“Bukan semua orang boleh jadi pempengaruh jadi belajar! Kalau nak jadi pempengaruh pun jangan lupa belajar! Sebab kita tak tahu masa depan kita nanti!” tegasnya.

BERITA TRENDING: Ramai Hairan Cik B Mampu Beli Kereta Mahal, Netizen Kirakan Untung Kasar Jualan Salmon Skin



Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai isu yang membimbangkan di mana rata-rata remaja menyatakan hasrat mahu menjadikan gelaran pencipta kandungan atau pempengaruh media sosial sebagai satu kerjaya.

BERITA TRENDING: Penjawat Awam Usia 59 Tahun Duduki SPM, Hanya Belajar Di Rumah - “Saya Ingin Cuba & Cabar Diri”


BERITA TRENDING: Anak Rahim Sepahtu Syukur SPM 8A, Termenung Tengok Result - “Masa Trial, Matematik Siap Ada E”

BERITA TRENDING: Adik Meerqeen Dapat 9A Dalam SPM. Tahniah!



Malah, terdapat juga antara mereka mereka yang cuba menormalisasikan keadaan yang tidak sepatutnya seperti berbangga dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal.

BERITA TRENDING: Dr Say Risau Bila Ada Yang Tak Mahu Belajar - “Janganlah Sebab Beberapa Influencer Tayang Hidup Mewah Buatkan Adik-Adik Nak Jadi YouTuber”


BERITA TRENDING: Dr Say Tegur Sikap Individu Bangga Keputusan SPM Gagal - “Tolong Jangan Jadi Bodoh Sombong Dik”


Perkara itu juga mendapat perhatian Doktor selebriti iaitu Dr Say yang meminta agar individu itu berhenti menjadikan keputusan SPM yang gagal sebagai satu ‘trend’ untuk membuktikan dirinya mampu berjaya di masa hadapan.