16 rakyat Malaysia antara 211 penumpang dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) penerbangan SQ321 dari London ke Singapura yang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok pada petang Selasa.

Kongsi Detik Cemas

Salah seorang penumpang iaitu pelajar Malaysia dikenali sebagai Dzafran Azmir berkongsi detik cemas ketika penerbangan tersebut mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat.

Menurut Dzafran, dia berasakan keadaan pesawat tidak stabil sebelum ia mula bergegar dan kemudiannya hanya mampu memeriksa pemakaian tali pinggang keledar meskipun penumpang lain tidak berbuat demikian.

"Tiba-tiba, kapal terbang terjunam dan mereka yang tidak berhati-hati jatuh daripada tempat duduk masing-masing sehingga ada yang terangkat ke siling pesawat sehingga remuk.

"Telefon pintar saya terjatuh jauh daripada genggaman dengan barangan lain turut berselerak akibat gangguan itu. Saya melihat orang dari seberang lorong mendatar sepenuhnya, terangkat ke siling dan mendarat kembali ke bawah dalam kedudukan yang agak janggal.

“Penumpang, seperti, mengalami luka besar di kepala, gegaran otak,” katanya menerusi laporan Reuters.

Terdahulu, pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ321 tidak menerima sebarang amaran sebelum penerbangan tersebut mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat sehingga mengakibatkan seorang penumpangnya maut pada Selasa.

Dalam kejadian tersebut, seorang penumpang terbunuh dan 30 lain cedera selepas kapal terbang itu mengalami pergolakan udara ketika dalam penerbangan dari London ke Singapura yang berbaki lagi 3 jam.l

BERITA TRENDING: Seorang Maut Selepas Penerbangan Singapore Airlines Dari London Dilanda Gelora Udara

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa penumpang yang maut merupakan warga UK, sementara 71 yang lain sudah dibawa ke Hospital Samitivej Srinakarin di Bangkok, Thailand dengan beberapa terpaksa menjalani pembedahan segera.

Setakat laporan yang dikeluarkan, enam penumpang cedera parah dengan yang lain hanya mengalami kecederaan tidak serius.

"Krew dan individu yang berada di dalam tandas merupakan mereka yang paling terkesan kerana setelah pendaratan dibuat, kami dapati mereka hanya terbaring akibat hentakan di kepala dan tulang belakang," kata Dzafran.

Ambulans kemudian tiba dan pelajar itu berkata, sekurang-kurangnya lapan individu terpaksa menggunakan pengusung untuk dibawa keluar sebelum dikejarkan ke kawasan kecemasan.

Sumber - Reuters