Seorang pelakon yang pernah membintangi filem Air Terjun Pengantin dilaporkan telah meninggal dunia.

BERITA TRENDING: Padah Pakej Sedut Lemak Tak Bertauliah Berharga RM2,500, Seorang Bakal Pengantin...

Pelakon tersebut, Nanie Darham meninggal dunia pada 21 Oktober lalu.

Berita kematian Nanie bagaimanapun menarik perhatian selepas pihak guaman mengesahkan punca allahyarham maut.

Nanie dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani prosuder sedut lemak yang diakibatkan oleh kecuaian doktor.

Allahyarham dikejarkan ke sebuah hospital di Jakarta selepas lima minit operasi sedut lemak dijalankan kerana mengalami komplikasi.

Telinga dan mulut allahyarham juga mengeluarkan darah selain luka pada bahagian tubuh sebelum pihak hospital mengesahkan Nanie meninggal dunia, lapor Viva.co.

Menerusi laporan sama, Nanie berada dalam keadaan sihat sebelum prosuder sedut lemak dijalankan.

Dia juga diberi jaminan prosuder tersebut selamat walaupun dirinya baru dua bulan melahirkan anak.

Pihak keluarga allahyarham dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang di atas kecuaian yang berlaku.

PILIHAN PEMBACA: Mahu Kecilkan Perut & Lengan Sehari Sebelum Kahwin, Wanita Maut Ketika Pembedahan Sedut...