Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pelakon Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam SUV

Gempak
08/07/2024 04:53 MYT
Seorang wanita dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya awal pagi semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar pukul 6 petang, semalam.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

"Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira pukul 4 pagi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Bola Sepak Dipenjara Seumur Hidup Belasah Kekasih Dengan Kerusi, Tukul Besi

ARTIKEL BERKAITAN: Belasah Warga Emas Sampai Muka Bengkak & Patah Tulang Pipi, Pembuli Jalan Raya Direman 4 Hari

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ahli Politik Belasah & Rakam Teman Wanita Yang Dilanggar Sampai Mati

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Belasah Rakan Di Taman Permainan Gara- Gara Kacau 'Awek' Ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Sunyi Punya Pasal, Ibu Belasah Anak Tunggal Sebab Cemburu Ada Kekasih

Shahrulnizam berkata, sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

"Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya yang memaklumkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park, di sini, berhubung kejadian terbabit.

Sumber: Harian Metro

#pelakon #Teman Wanita #Belasah
;