Bintang filem Mean Girls, Jonathan Bennett menjadi topik bualan hangat pelayar media sosial apabila tidak sengaja tertayang kemaluannya di Instagram Stories.

Bennett, 39, yang memuat naik foto sedang menikmati secangkir kopi pada waktu pagi malangnya tidak perasan foto terbabit mempunyai refleksi gambar kemaluannya yang sedang berbogel sambil berjemur.

Biarpun tidak kelihatan wajahnya dan cuma kakinya yang sedang bersilang, pengikutnya lebih tertumpu pada refleksi di cawan espresso yang dipegang Bennett.

Peminat yang meneliti foto terbabit beranggapan pelakon kacak itu bukan sengaja berkongsi foto berkenaan di media sosialnya.

A post shared by Jonathan Bennett (@jonathandbennett)


Selain Bennett, bintang Hollywood seperti Chris Evans antara yang menjadi topik bualan netizen apabila tidak sengaja terkongsi foto lucah sendiri di media sosial.

BACA: Ops! Chris Evans Terkongsi Gambar Anu Sendiri? Peminat Pula Terigau-Igau

Bennet pernah muncul dalam filem popular Mean Girls bergandingan dengan Lindsay Lohan, Rachel McAdams dan Amanda Seyfried sekitar tahun 2004.



Selain itu, Bennett pernah muncul menerusi siri Smallville, Veronica Mars, Supergirl dan Station 19.