Hollywood
Ops! Chris Evans Terkongsi Gambar Anu Sendiri? Peminat Pula Terigau-Igau!
Pelakon Hollywood yang terkenal dengan watak Captain America, Chris Evans menjadi trending di Twitter gara-gara tidak sengaja terkongsi foto paparan skrin yang turut terpampang gambar kemaluan dipercayai miliknya.
Chris, 39, berkongsi sedutan klip dalam Insta Story memaparkan dirinya dan keluarga bermain permainan ‘Heads Up’ namun malangnya, pada hujung video turut dikongsikan beberapa siri gambar peribadi termasuk sekeping gambar kemaluan.
Advertisement
Bagaimanapun, paparan tersebut sudah dipadam daripada Insta Story Chris selang beberapa saat kemudiannya.
Natijahnya, nama Chris Evans menjadi trending tangga pertama di laman sosial Twitter dengan lebih 500,000 ciapan.
Ramai antara pengguna Twitter mengusik dengan ciapan-ciapan nakal termasuk menjadikan insiden yang tidak disengajakan itu sebagai meme internet.
Begitu pun, ramai juga dalam kalangan peminat prihatin menggesa agar netizen menghormati privasi bintang Hollywood itu dan memohon agar paparan video tersebut tidak terus disebarkan.
“Itu satu insiden yang tidak disengajakan dan dia sudah memadamnya. Jadi, jangan terus kongsi lagi. Hormati privasi dia (Chris). Lindunginya sebagaimana dia lindungi dunia,” ciap seorang pengguna Twitter.
Before sharing Chris Evans nude, remember that the actor suffered an anxiety disorder with the rise of his Hollywood career and even refused to be Captain America on several occasions for fear that fame would affect him and his family.#ChrisEvans pic.twitter.com/J6PeEDAJYJ— Marvel Fans Forever (@MarvelFansFore1) September 13, 2020
Yall please respect Chris Evans privacy we all do some dumb shit but remember that he also has anxiety i can't imagine whats going through his head but please lets just respect his privacy and him as a person :) pic.twitter.com/Yx0CWFpDAP
— Tofufu ⁷ (@GenZrevelution) September 13, 2020
Re: Chris Evans
This is so wholesome, sometimes Reddit people are nice. ❤️ pic.twitter.com/ytlAVl3XWd— daph (@nagsisilbi) September 13, 2020
Sehingga kini, belum ada penjelasan lanjut daripada syarikat pengurusan Chris berhubung insiden berlaku tersebut.
Must-Watch Video