Hiburan
Pelakon Kayu & Nampak Murah, Gimik Pemasaran Yang Didakwa Milik Jenama Fesyen Tempatan Ini Dikritik Netizen
Jenama fesyen tempatan terkenal, Fashion Valet menerima kecaman netizen setelah didakwa mengadakan gimik pemasaran dengan cara murahan.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sepotong video pertengkaran diantara seorang pelanggan dengan juruwang di butik jenama berkenaan.
Perkongsian video berdurasi 32 saat itu memperlihatkan pelanggan tesebut memarahi jurujual dan aksi itu ditonton oleh orang awam di luar butik.Jap, kenapa ni? Cam tak caya je pic.twitter.com/ivGuGHkZuI— ? ???? ? (@ImanAbdulRahim) October 29, 2019
Apa yang menarik perhatian wargamaya lagi adalah aksi pembeli berkenaan mengamuk dalam bahasa Inggeris seolah-olah ia satu lakonan yang tidak menjadi.
“OMG ambik student kelab teater UiTM ke berlakon ni hahahahaha,” komen seorang wargamaya.
“Oh Vivy. I'm sure you can afford a better actress with the money you borrowed from Khazanah,” ujar seorang wargamaya.
“Suara dia macam tengah berlakon teater. Apa-apa pun kalau FV buat marketing macam ni macam tak sesuai je. Kalau brand sendu takpelah,” kata seorang wargamaya.
“Epic failed! It was a really cringey marketing video,” komen seorang wargamaya lagi.
Malah, jenama tersebut menerusi satu entri terbaru di Instagram mereka bakal mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang perkara tersebut.
“Kepada semua pembeli, kami sedar tentang penularan video tersebut dan akan memberikan penjelasan berhubung perkara itu malam nanti,” tulis mereka menerusi satu entri terbaru.
Must-Watch Video