Bintang antarabangsa yang terkenal menerusi watak Tarzan dalam siri Tarzan: The Epic Adventures, Joe Lara meninggal dunia dalam nahas pesawat ringan pada Sabtu.

Nahas sama turut mengorbankan isterinya, Gwen dan lima penumpang lain ketika pesawat terbabit terhempas di berdekatan tasik Tennessee, Nashville, Amerika Syarikat.

Pesawat jenis Cessna C501 tahun 1982 itu berlepas dari Lapangan Terbang Smyrna sekitar 12 tengahari waktu tempatan menuju ke Palm Beach, Florida.

Bagaimanapun, selepas berlepas pesawat ringan itu terhempas dan tujuh penumpang dilaporkan maut. Perkara itu disahkan pasukan penyelamat Rutherford County.

Dalam perkembangan terkini, pasukan penyelam turut menemui beberapa komponan pesawat terbabit dalam tasik tersebut.

7 mangsa yang maut ialah Lara dan isterinya bersama guru diet. Lima yang lain berasal dari Brentwood, Tennessee.

Dilahirkan pada 2 Oktober 1962 di San Diego, Lara, 58, memulakan karier sebagai model sebelum ditawarkan watak utama dalam telefilem Tarzan in Manhattan pada tahun 1989.

Sepanjang tempoh dari 1996 hingga 1997, Lara melakonkan karakter Tarzan dalam siri Tarzan: The Epic Adventure yang disiarkan selama 22 episod. Siri terbabit menjalani penggambaran di Afrika Selatan.

Selain itu, Lara pernah mencuri perhatian dalam filem American Cyborg: Steel Warrior, Steel Frontier, Warhead dan Doomsdayer serta rancangan televisyen Baywatch dan Conan the Adventurer.

Kali terakhir pembabitannya sebagai aktor soap opera dalam filem Summer of '67 pada tahun 2018.

Lara berkahwin dengan Gwen Shamblin pada 2018 dan tinggal bersama anak perempuan mereka, Liana.

Sumber: Entertainment Weekly