Pelakon tamil veteran popular Thangamani Velayudan dilaporkan telah meninggal dunia pada hari ini, pada usia 73 tahun.  Berita mengenai pemergian pemilik suara baritone itu telah disahkan oleh ahli keluarga mendiang.
 Mendiang meninggalkan seorang balu, Malliga, dan dua anak perempuan.  Sementara itu menerusi muat naik di laman sosial, kenalan rapat mendiang berkata kematian pelakon legenda itu adalah disebabkan Covid-19.    Thangamani sangat dikenali dengan watak yang dilakonkannya menerusi filem tempatan berjudul Vedigundu Pasanga.  Perjalanan seni Thangamani bermula apabila artis veteran PK Samy membawanya ke industiri hiburan pada tahun 1970-an sebagai pelakon drama radio di RTM.  Dia kemudian mengembangkan bakat lakonan ke televisyen apabila tampil sebagai penjahat menerusi drama TV RTM pada tahun 80-an.
 Beliau mengecapi populariti dan semakin dikenali menerusi drama TV Karai Ora Alaigal yang menampilkan penulis skrip PK Samy, arahan pengarah Vijayasingam.

Pemilik suara emas ini juga sering ‘meminjamkan’ suaranya untuk mempromosikan iklan-iklan di televisyen termasuk rancangan-rancangan di saluran Astro.

Pemergian Thangamani merupakan kehilangan terbesaar buat industri hiburan Tamil tempatan.