Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

Maliah Surip
22/10/2024 08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.

BERITA TRENDING: Kecoh Prilly Latuconsina Pakai Tong Gas Golongan Miskin

Prilly yang genap 28 tahun pada 15 Oktober lalu diketahui membeli sebuah kapal layar mewah sebagai hadiah ulang tahunnya.

Hal itu dikongsikan sendiri oleh bintang filem Ku Kira Kau Rumah di akaun Instagramnya.

Dengan bangga dan teruja, Prilly menyifatkan kapal layar yang diberi sebagai hadiah paling istimewa sempena ulang tahunnya kali ini.

“Unboxing hadiah dari saya untuk saya. Finally! My First Yacht!,”tulisnya seperti dilaporkan Viva.co.id.

Bersama kapsyen tersebut Prilly juga mempamerkan kapal layar pertamanya yang turut tertera namanya PRILLY LATUCONSINA.

Menurut Prilly punca dirinya membeli kapal layar adalah kerana gemar memancing dan melakukan aktiviti menyelam.

BERITA TRENDING: “Semoga Keserasian Kami Berjaya” - Refal Hady Hanya Kawan Dengan Prilly

Sementara itu, portal Suara.com melaporkan kapal layar yang dibeli Prilly adalah dari jenis Merry Fisher 795 yang merupakan buatan Jeanneau.

Kapal layar mewah tersebut dianggarkan bernilai lebih RM500,000.

BERITA TRENDING: Tak Sedar Diri Popular, Prilly Latuconsina Beri Nombor Telefon Pada Peminat

BERITA TRENDING: Prilly Latuconsina Ingat Tuhan saat Berpuasa Ditengah Pandemi

#pelakon #Indonesia #Hari Jadi #Prilly Latuconsina #Mewah #Kapal
;